Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Tidak Rasmi Pakatan Rakyat Menang 2 Bukit


Kemenangan gemilang Pakatan Rakyat menerusi calon PAS, DS Ir. M. Nizar Jamaluddin dengan majoriti belum resmi sebanyak 3283 undi

Manakala Calon PKR S. Manikumar di Bukit Selambau menang dengan majoriti belum rasmi sebanyak 2092 undi


(untuk keputusan resmi sila tunggu pengumuman dari SPR ) !


Tahniah diucapkan kepada semua jentera PR, bloggers dan tidak ketinggalan kepada YB Dr Zambri, YB DS Najib, TS Muhyiddin, petugas petugas BN, Berita Harian, Utusan Melayu TV3, RTM 1 dan RTM kerana menyumbang kemenangan PAS- PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau...

Jual Topeng Salah dan Melondehkan Pakaian Perempuqn Tak Salah

Sepasang suami isteri telah ditahan kerana menjual topeng Altantuya dan sehingga kini masih ditahan. Yang menghairankan sangat tu kenapa takut dengan topeng tersebut. Apa ada pada topeng atau adakah topeng yang merupakan wajah Altantuya telah menghantui sesaorang dan orang itu tidak senang duduk dan tidor kerana diganggu..?

Apakah yang hendak disiasat oleh polis dan diambil statement kepada pasangan suami isteri ini...? Adalah tidak dapat difikirkan apakah kesalahan pasangan ini ? Adakah salah menjual topeng yang berwajahkan Altantuya ? Kenapa menjual topeng berwajahkan DS Nizar tidak ditahan..? Tentunya PDRM diarahkan oleh sesaorang yang berkuasa untuk mengambil tindakkan keatas sesiapa yang menjual topeng ini.

Manakala ada pulak dengar berita yang melondehkan seluar petugas wanita PR ditahan. Rasanya boleh dikenakan caj paling teruk seperti cubaan merogol, mengaibkan atau apa apa yang sewaktu dengannya. Yang UMNO dudok diam aje kenapa ? seolah olah bersetuju dengan tindakan petugasnya. Walaupun lapuran polis telah dibuat tentunya ia akan mengambil masa lama dan perbuatan tidak berakhlak tersebut yang dilakukan oleh petugas UMNO akan terus terpendam..

Biasalah PDRM .. Kalau komponen BN buat salah, siasatan dibuat sambil lewa, tetapi jual topeng Altantuya oleh penyokong parti komponen PR ..tak tahu pulak apa salahnya macam kilat bertindak.... Adakah jualan topeng itu mengaibkan sesaorang ??? Apa pula kaitannya ???
Allah juga yang amat mengetahui...

Monday, April 6, 2009

Mahathir - Pelakun Badut Bollywood

Hanya dua hari selepas berpelukan dengan Abdullah, Mahathir terus menyerang Abdullah dan mengulangi kenyataannya dalam temuramah BBC bahawa beliau tersilap melantik Abdullah menjadi penggantinya.

Dalam temuramah itu juga Mahathir menyerang Khairy dan kroni-kroni Abdullah, yang didakwa beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam kerajaan
menyebabkan lebih 2000 perwakilan yang menghadiri perhimpunan Umno terkejut dan tergamam.

Mahathir sekarang ini dah masuk UMNO balik. Elok betul perangai dia ini. Bila tak suka meludah dengan berkahak sekali tetapi bila ada sesuatu agenda yang tersirat dia sanggup menjilat balik kahak kahak tadi yang dah dihurungi semut dan lalat. Apa yang di kehendakinya didalam UMNO yang hampir lumpuh tu .....???? . Sama sama lah kita fikirkan . Salah satu sebab mungkin kerana mempertahankan anaknya Mukhriz supaya tidak di tendang atau di peti aiskan oleh Najib. Tapai dirasakan ada lebih dari itu....

Berehat aje lah Che Det ooooi. Berehat macam Pak Lah........ main dengan cucu.

Sunday, April 5, 2009

Kejutan Dari Anuar - Tak Ada Apa Apa Pun

Puas aku tunggu kejutan yang dihebah hebohkan atau digembar gemburkan oleh DS Anuar Ibrahim Dewan Hock Seng in Bukit Selambau. Tak ada apa apa pun yang sensasi. Yang ada cuma penyertaan 6000 ahli PPP kedalam PKR.

Penyertaan 6000 ahli PPP aku rasa bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan kejutan. Kalau lah Pak Lah masuk PKR, itu mungkin satu yang amat mengejutkan atau Tengku Razaleigh Hamzah masuk PKR.

Mata pun dah naik mengantuk duduk depan PC sambil mata liar memerhatikan aktiviti di web anilnetto.com. Ada lebih baik aku tidor dan biar jam loceng aku membuat kejutan dari tidorku subuh esok ..

Saturday, April 4, 2009

Oiiiiiii....Dr Mamak Zambri... Berubahlah Cepat Cepat

Aku terlihat di TV3 dan terdengar Dr. Mamak Zambri mengatakan yang petugas PR merosakkan poster poster BN di Bukit Gantang. Beliau menasihat petugas petugas BN supaya tidak mengikut rentak PR.. Ni yang aku cukup menyampah dengan Zambri ni . Dulu dia kata YB Nizar rampas mikrofon di masjid ..

Sekarang dia kata petugas PR pulak yang rosakkan poster BN. Yang aku tahu poster PAS lah yang kena sabotaj oleh BN. Macam dalam gambar ini terdapat poster kecik BN di tampal dibawah.

Aku tengok sibuk betul Dr Mamak Zambri berkempen macam dia pulak yang bertanding di Bukit Gantang .... Manakala si Mamak Zambry ni makan punyalah gelojoh macam tak makan 1 tahun. Tak bersopan langsung dan tak jaga imej seorang ADUN.

Kata orang dia ni Menteri Besar tapi langsung tidak menunjukkan perangai dan tatatertib Menteri. Tetapi aku hanya iktiraf YB DS Nizar Jamaludin je sebagai Menteri Besar Perak.

Kalau betul mamak Zambri ni Menteri Besar bawak bawak lah berubah dan jaga kesopanan.. jangan main pulun aje.

Friday, April 3, 2009

Tak Suka Najib

Memang saya tak suka dan bencikan Najib dan saya memang meluat tengok perangai dia dan isterinya Rosmah. Tetapi rasanya bukan hanya saya seorang sahaja yang meluat dan benci atau tak suka kan dia dan isterinya, malahan saya beranggapan ramai lagi yang berada diluar sana yang berperasaan macam saya .


Apabila saya tengok gambar Najib kebencian saya makin bertambah, malahan kalau gambar ketika dia tersenyum dengan bibir yang merah bertambah meluat lagi saya dengannya. Tak tahu apa sebab terjadi demikian. Apabila dia berucap dipentas dengan gayanya pun saya benci dan meluat apa lagi isu yang cuba dikatakannya seolah olah apa yang dikatakan nya semua bohong. Pada hal dia tidak berdosa pada saya secara peribadi. Dia tak kenal pun saya dan kami tidak pernah bersemuka.


Kepada isteri Najib pun saya meluat tengok gelagatnya yang bercium atas pentas dengan pelakun Bollywood. Tak tau langsung jaga imej sebagai isteri kepada Timbalan Perdana menteri pada ketika itu. Entah apa sebab nya lagi saya teramat benci yang meruap ruap dengannya. Bukan itu sahaja gaya jalan Rosmah yang terkedek terkedek pun saya benci. Tak pernah saya benci orang sebegini.


Padahal tidak pula dia kacau rumah tangga saya. Malahan apabila saya terlihat gambar nya dikaca TV saya akan terus beredar. Saya amat menyampah tengok muka dia. Tak selera langsung nak tengok seterusnya.


Walau bagaimana hebat sekali kebencian saya dan orang orang yang seumpama dengan saya, ia tidak menjadi kudis kepada Najib. Saya ini siapa pada dia. Bukannya saya berstatus tinggi dari dia malahan dia tidak tahu pun keujudan orang seperti saya yang membencinya.


Ramai lagi orang masih sukakan Najib. Malah Pak Lah yang secara halus dipaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri amat suka dan sayangkan nya dan begitu juga Menteri Menteri dan Ahli Ahli Parlimen dan Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO. Seandainya Pak Lah tidak sukakan Najib sudah tentu dia tak canangkan Najib sebagai penggantinya dan juga tidak akan cadangkan kepada YDPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.


Raja Raja Melayu pun sukakannya. Kalau Najib dibenci oleh Raja Raja Melayu masa kan mereka mendengar nasihat Najib apabila merampas Negera Perak dan melantik Zambri sebagai Menteri Besar Perak. Malahan YDPertuan Agong pun sukakan kan Najib, kalau dia tak setuju dengan tingkah laku Najib yang begitu "popular" dimata dunia, YDPertuan Agong tidak akan berkenan melantik dia sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Jadi kenapalah saya benci sangat dengan Najib dan isterinya. Mungkinkah saya terpengaruh dengan skandal skandal yang telah didedahkan keatasnya. Padahal skandal ni belum disahkan betul. Dia tidak berdosa pada saya secara peribadi.


Tetapi jika segala tuduhan keatasnya betul dia berdosa kepada saya sebab saya rakyat
Malaysia dan pastinya dia berdosa kepada semua rakyat Malaysia. Saya dan rakyat Malaysia teramatlah malu berPerdana Menterikan dia

Apakan Daya - Dia Tetap Jadi Perdana Menteri Malaysia

Kata Antusabun dalam "AlBanjari on Line"

Puas dah menjerit, puas dah berlaporan polis, puas dah berdemo, puas dah bermemorandum, puas dah tangisan, puas dah cercaan, puas dah segala itu ini namun kini kita sudah ber PM kan baru. Yang lama jadi sejarah. Moga-moga tak jadi sampah. Yang baru meniti sejarah moga-moga tak di maki seranah. Apa yang boleh di harap, kita cuma berharap. Moga tak berulang yang sudah-sudah.

Kita perlu terus. Jadi penegur yang baik. Jangan leka dan alpa. Jangan kita hanya jadi pak angguk sahaja. Maruah juga perlu dijaga. Perlu dinilai dan dikritik sentiasa. Pujian hanya perlu atau kadang-kala. Perjuangan takkan selesai hingga sampai bila-bila. Ada penerus generasi akan datang untuk teruskan. Generasi kini perlu di didik sebaik mungkin. InsyaAllah. Alhamdulillah, penat dah berteka-teki dan meracau jiwa namun kini ia terjawab.

Kata A Mum of Three Mohd pula

"Walau pun ada usaha untuk menyekat Najib daripada menjadi PM... tapi rasanya, usaha ini tidak akan kesampaian. Cuma yang kita harapkan pada Najib.... berubahlah!!! Jadilah Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dan bukan kepada rakyat Malaysia yang bermazhab UMNO/BN dan sewaktu dengannya sahaja. Ingat..... sebagai pemimpin, amanah Allah ini amat berat. Jika tidak, disempurnakan dengan amanah, baik, adil dan saksama.... akan dipersoalkan oleh Allah di hari kemudian...."


Aku pula kata

Tiap malam aku berdoa supaya Najib tidak jadi PM Malaysia atas sebab rekodnya yang kurang baik didalam negeri dan telah mengakibatkan telah tersebar di arena antara bangsa. Semua orang pun tahu tak payah lah aku nak senaraikan satu persatu.

Lagi yang aku marah sangat apabila dia menggunakan kuasanya merampas Negeri Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat dengan cara yang amat kotor. Senyuman nya selepas merampas negeri Perak membuat aku terlalu marah.. Apakan daya marah aku tak menjadi apa apa kesan kepadanya.

Sehingga ke minit minit terakhir aku tetap berharap semoga YDPertuan Agong menolak Najib sebagai Perdana Menteri. Tapi apakan daya kerana aku tidak terdaya hendak buat lebih dari itu kerana aku tidak mampu untuk melawan kuasa YDPertuan Agong apalagi menderhaka terhadap Raja.

Aku cuma boleh berharap dan berdoa. Berdoa dan berharap tanpa usaha memang susah hendak di makbulkan tuhan . Apa yang patut aku usahakan.. aku tidak mempunyai kuasa seperti YDPertuan Agong. Malah ada lagi yang lebih berkuasa yang tidak dapat kita tandingi. Mungkin ada hikmah disebalik semua tragedi.. hanya itu yang dapat kita fikir dan ucapkan.


Apakan daya sekarang Najib dah jadi Perdana Menteri Malaysia. Sama sama lah kita lihat adakah dia mampu bertahan pada Pilihan Raya akan datang. Aku berdoa lagi semoga tercatit dalam sejarah Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat tempoh perkhidmatannya.

Thursday, April 2, 2009

Semua nya Tak Menjadi Apa Yang PR Buat

Semua yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat nampaknye serba tak menjadi.

Dari kes memujuk Ahli Parlimen untuk melompat ke Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan PR majoriti, membawa usul tidak percaya kepada PM, DS Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agong untuk tidak mahukan DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 , kesemuanya gagal.

Manakala dinegeri Perak PR gagal mempertahankan DUN yang ditadbirnya akibat keluarnya 3 + 1 Adun PR. Setelah dirampas oleh Barisan Nasional dengan "pembelian" Adun Adun tersebut berbagai cara dilaku untuk mengembalikan kuasa tersebut sehingga dibawa ke mahkamah. Keputusannya belum ada yang meyelebelahi PR sehinggakan surat meletakkan jawatan 3 ADUN PKR telah di istiharkan tidak diakui oleh SPR dan seterusnya mahkamah. Ada beberapa kes lagi yang dibawa ke mahkamah berkaitan dengan DUN perak ini.... Adakah berkemungkinan ia juga akan gagal lagi ..... Bukan sahaja kes kes DUN di Perak semua tidak menyelebahi PR malahan agensi kerajaan semuanya turut menekan dan menindas ADUN PR di Perak. Dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menghalang dengan mengunci Dewan Persidangan, PDRM pun turut sama menghalang DUN Perak dari bersidang. SPRM pula mengatakan yang Speaker Dewan Negeri Perak sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am yang boleh dikenakan menyalah guna kuasa.... semuanya perkara ini juga tidak meyebelahi PR walaupun dari segi Perlembagaan Negeri Perak dilihat tindakan speaker dan ADUN PR adalah betul dan sah.. PR gagal lagi.

Bilakah PR akan berjaya.? PR telah berjaya di PRK Permatang Pauh, Kuala Trengganu dan kemungkinan besar PR akan berjaya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau manakala peluang kejayaan di Batang Ai adalah 50/50.

Apakah kemungkinan KEJAYAAN kerajaaan PR akan datang ???

1. Jika terdapat PRK. PR akan menang dengan mudah

2. Kemungkinan PR akan berjaya menumbangkan kembali kerajaan BN yang merampas Perak. Bagaimana ???? Terpulang pada Speaker. Jika Speaker tidak mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak sehingga pertengahan bulan Mei, Dewan Undangan Negeri Perak dengan secara otomatis dibubarkan ....

3. Jika pilihanraya di Perak diadakan PR akan memenangi majoriti yang banyak dan kembali memerintah negeri Perak .

4. Pilihan Raya Umum yang ke 13 PR akan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan .

Marilah kita nantikan hari hari tersebut dan lihat apa akan terjadi .

Yang Di-pertuan Agong Perkenan Najib Sebagai Perdana Menteri

Najib Perdana Menteri Malaysia Ke 6

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003.

-- BERNAMA

Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib

Thursday, April 2, 2009

Gempar: Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri, Perletakan Jawatan

KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak. Menurut maklumat Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau. Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.

http://pahangdaily.blogspot.com/2009/04/gempar-peralihan-kuasa-perdana-menteri.html

Sama sama kita tunggu lagi ....

Najib keluar dari Istana Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu di luar istana.

P/S Selalunya kalau tak membuat kenyataan adalah satu perkara yang tak baik. Mungkinkah dia tak kan menjadi PM Malaysia ke 6 ????? Atau mungkin kah dia angkat mengangkat sumpah esok .??? Sama sama lah kita nantikan ...

BERITA DARI BLOGGER 2