Thursday, May 7, 2009

DS Najib - Patut Rasa Malu

Tidak kah pemimpin BN terutama Dato' Seri Najib berasa malu terhadap perilaku ADUN ADUNnya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak merampas kerusi speaker dengan mengheret Speaker V Sivakumar dan mengurungnya untuk melantik orang lain sebagai Speaker.


Rampas dan Culik - Siapa Punya Kerja

Memang mereka ini pakar tentang rampas merampas dan culik menculik.
Dimulakan dengan kerja menculik 3 ADUN Pakatan Rakyat dan seterusnya merampas jawatan Menteri Besar Perak. Lepas itu rampas kuasa ketua ketua kampung yang telah dipilih oleh rakyat

Hari ini pulak kerja merampas kerusi Speaker DUN Perak dengan mengheret dan kurung Speaker (menculik jugalah) supaya tidak dapat menjalankan tugas sebagai Speaker. Kemudian lantik speaker lain pulak.

Kenapa lah begini busuk hati yang dikatakan pemimpin ini. Biarlah kulit hitam tetapi jangan lah hati turut hitam.

Pandai betul mereka membuat kerja yang tidak bermoral. Mereka mereka ini semuanya dari satu kumpulan atau satu geng lah. Geng haram jadah.. (tengah marah ni).. Memang macam setan dan iblis dan tergulung dikalangan hantu kopek yang suka menculik mangsanya.


Tapi yang polis masuk campur urusan Dewan Undangan Negeri Perak ini apa hal. Siapa yang arah ? Aku tak dapat pastikan samada tindakan polis ini betul atau tidak....

FRU dan Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak

Aku bertolak dari Sri Kembangan pergi ke Ipoh lebih kurang jam 12.00 tengah hari 6hb Mei 2009 untuk menyelesaikan penjualan rumahku di Taman Meru, Jelapang. Tiba di Simpang Pulai nampak satu konvoi FRU . Aku nampak beberapa buah trak dan satu bas termasuk trak water canon.

Trak ini mungkin digunakan untuk menyirami orang orang yang datang ke Dewan yang tak mandi pagi atau mungkin untuk membersihkan jalan raya yang menuju ke dewan yang telah banyak di cemari termasuk dewan persidangan .


Teringat juga nak ambil permit untuk menyaksikan persidangan dewan. Usahkan nak dapat permit nak masuk ke SUK pun banyak sangat songehnya. Baik tak payah. Malamnya bila aku nak pergi makan jalan jalan yang menghala ke SUK kebanyakannya ditutup. Kena cari jalan lain untuk pergi makan.

Aku bertolak dari Ipoh jam 12.00 dan sampai ke Seri kembangan jam 3.30 pagi. Ini hari siapa agaknya yang kena mandikan oleh FRU ???? ..

Wednesday, May 6, 2009

Persidangan DUN Perak

Hari ini Pak Lubis akan ke Ipoh . Disamping untuk selesaikan hal hal peribadi sambil mencari peluang perniagaan disana, rasa nya nak dapatkan maklumat tentang perkembangan politik diIpoh.

Kalau dapat permit untuk hadir semasa persidangan dewan sebagai pemerhati bagus juga. Mungkin nak jumpa kawan kawan lama yang ada di SUK untuk dapatkan kebenaran. Mana tau Setiausha Kerajaan Negeri atau Pegawai Kewangan Negeri yang dulu kawan Pak Lubis boleh tolong dapatkan permit. Nanti Pak lubis boleh buat lapuran disini ...

Nizar lwn Zambri - Keputusan Yang Adil

Apa pun keputusan mahkamah Tinggi hari ini, kalau tidak ditunda atau disambung harus diterima. Siapa akan menang ??? . Apakah keputusan Mahkamah Tinggi akan berpihak kepada Nizar atau Zambri.???

Seandainya aku jadi hakim akan ku putuskan begini:

Dengan ini saya memutuskan bahawa perlantikan Zambri sebagai Menteri Besar oleh Tuanku Sultan Perak adalah sah. Perlantikan oleh Tuanku ini adalah dengan beranggapan Nizar akan meletakkan jawatan.

Oleh kerana Nizar belum lagi mengosongkan jawatannya Zambri tidak boleh menjalankan tugas tugas sebagai Menteri Besar kerana tidak mungkin terdapat 2 menteri besar dalam sebuah negeri. Mahkamah juga tidak akan mencampuri hal hal yang telah diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri Perak.

Ok kan keputusan macam itu...

Tuesday, May 5, 2009

Dari Mahkamah - Nizar lwn Zambri

Petikan Dari Malaysian Insider - Dari Mahkamah

Walaupun Sultan Perak sebagai Raja Berperlembagaan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar tetapi baginda tidak mempunyai kuasa untuk memaksa menteri besar keluar dari jawatannya yang sah . Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Undang Undang Tubuh Negeri Perak tidak mempunyai peruntukan yang membenarkan Raja atau orang lain untuk memecat Menteri Besar dari jawatan rasminya. Dalam mengemukakan pembentangannya dihadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim tengah hari tadi peguam YB Nizar Jamaludin, Sulaiman Abdullah mengatakan jika Sultan mempunyai kuasa ia akan dinyatakan didalam Undang Undang Tubuh Negeri Perak.

Selepas ditanya oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga mengaku bahawa tiada peruntukan kepada Raja untuk mengunakan kuasanya menyingkir Menteri Besar.

Mahkamah akan bersambung esok.

Menyeru Pemerintahan Berlaku Adil - Imam Dipecat

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Ulasan.

Siapa yang tidak adil disini ? .. Pengerusi Masjid ??? atau Kerajaan ??? Tentunya kedua duanya.

Tan Sri Abdul Gani Patail kata Nizar di Singkirkan


Petikan dari Berita Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

Ulasan.

Siapa yang singkirkan ??????

Tidak semestinya jika hilang kepercayaan dewan secara otomatis jawatan MB terlucut dengan sendiri. Usul kena dibawa dalam Persidangan Dewan .

Bukan kah jawatan MB hanya terlucut apabila salah satu perkara ini berlaku.

1. Pembubaran dewan

2. Perletakan Jawatan dan

3. Melalui usul tidak percaya oleh ahli Ahli Dewan undangan Negeri.

Oleh kerana salah satu dari ke tiga kriteria ini tidak berlaku maka MB tidak boleh dikatakan hilang statusnya sebagai MB melalui penyingkiran atau pemecatan .


Sila rujuk kes Stephen Kalongningkan dan juga insiden Ghazali Jawi


Monday, May 4, 2009

Kedudukan DUN Perak

Dengar Khabar

"Dalam sibuk PR Perak dan BN Perak mengatur persiapan untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku pada sidang DUN Perak mulai 7 Mei ini, timbul pula desas-desus di kalangan ahli politik Perak dan pihak istana bahawa Sultan Azlan Shah berkemungkinan besar akan memperkenankan permohonan MB PR untuk membubarkan DUN sebelum sempat bersidang."


Perkhabaran ini adalah merupakan khabar khabar angin, malahan sumbernya hanya di sebarkan dari blog ke blog . Samaada ia benar atau tidak hanya masa yang akan menentukannya.

Walau bagaimanapun jika ianya
benar, semua rakyat yang inginkan masaalah diPerak ini diselesaikan melalui sistem demokrasi, mengucapkan berbanyak jutaan terima kasih kepada Baginda Tuanku ....... Daulat Tuanku.


Sunday, May 3, 2009

Sistem Ladang Ternakan Babi Moden

Petikan Dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sistem ladang ternakan babi moden perlu dibina segera supaya risiko penyakit berkaitan haiwan itu tidak menjejaskan orang ramai.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menegaskan, langkah itu juga sewajarnya diberi perhatian berikutan wabak selesema babi yang sedang 'melanda' dunia tidak berlaku di negara ini.

'''Terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahan terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasi segera isu ternakan babi tersebut.

''Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus di negara ini dan mencemarkan alam sekitar telah mengundang pelbagai kesan pencemaran dan risiko penyakit kepada masyarakat,'' katanya.

Selain itu, beliau menambah, PPIM berharap isu itu tidak dianggap sebagai 'tidak kaitan' tetapi ia perlu diberi perhatian serius.

''Ia bertujuan untuk memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus tidak akan mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat di negara ini pada masa hadapan hanya kerana 'toleransi' yang tidak kena pada tempatnya,'' katanya.

Ulasan

Apabila Kerajaan Negeri Selangor (diperintah oleh PR) meneruskan sistem ladang ternakan babi secara moden maka hebohlah pemimpin UMNO memekik dan melolong membantah projek tersebut walaupun kelulusan nya dibuat oleh kerajaan BN terdahulu. Sekarang sudah terbukti ladang babi yang tidak terurus di negara ini akan mencemarkan alam sekitar dan akan mengundang pelbagai kesan pencemaran dan risiko penyakit kepada masyarakat. Oleh itu kepada BN/UMNO jika sesuatu yang baik dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan lah terpekik terlolong macam kena histeria atau macam kena rasuk hantu polong.

Saturday, May 2, 2009

Yang Haram di Negeri Perak

Di Perak terdapat lebih banyak benda benda atau perbuatan yang di haramkan jika dibandingkan dengan ditempat lain. Antara yang haram terdapat di Negeri Perak yang tidak terdapat di negeri lain ialah:

1. Terdapat 2 MB di Perak. Jika ada 2 MB tentunya salah satunya adalah MB haram

2. Kalau MB nya haram maka sudah tentu Exco Exconya turut haram kerana kedua dua MB mempyai Exco Exco nya tersendiri

3. Ada ADUN haram kerana telah meletakkan jawatan tetapi masih ingin menjadi ADUN.

4. Ada khabar angin akan terdapat juga 2 Speaker di DUN Perak dan sudah tentunya salah seorang Speaker adalah haram.

5. Terdapat juga 2 Setiausha DUN yang bertugas di DUN Perak yang tentunya salah seorang adalah Setiausaha haram.

6. Persidangan DUN diharamkan dibuat Dewan Persidangan Negeri yang mengakibat Persidangan Dewan Undangan Negeri dilakukan di bawah pokok.

7. Orang orang surat khabar diharamkan untuk membuat liputan Persidangan DUN Perak.

8. Ketua ketua kampong yang telah dipilih juga turut di "haram"kan

9. Pengharaman pengunaan kereta selain Proton Perdana oleh Exco Exco Negeri.


10. Ikan Tapah diharamkan (disumpah) untuk dimakan kepada sebilangan rakyat negeri Perak yang berketurunan tertentu.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pembangkang


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.


Katanya, beliau juga menerima cadangan supaya Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis keluar parti.

Friday, May 1, 2009

Amboi Mahal nya - Cekik Darah



















Seorang kawan telah menghantar email dengan memaki hamun kerana dikenakan bil makan sebanyak RM 430.00 semasa makan tengah hari di Restoran Hameediah di Pulau Pinang
Walau bagaimanapun saya tak berapa tahu berapa ramai orang yang makan tetapi kalau pun mereka 10 orang masih lagi mahal .

Lain kali jangan makan udang dan jangan lah makan berhidang. Makan je nasi campur dan air kosong aje.

Rakan - Memerlukan KIta - DSAI harap Dapat Membantu

Dipetik dari Blog-list Malaysia..
Posting oleh matcomot dan diedit

Jumaat lepas, heboh di akhbar akhbar utama, kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah. Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan. Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kepada rakan rakan bloggers yang lain, apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau". Tiadakah kesedaran sosial untuk membantu sesama blogger

Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain. Blogger " cucu mat kilau" adalah salah seorang bloggers yang cuba membersihkan nama DSAI.

Tetapi apa yang DSAI telah lakukan untuk membantu beliau. Dan juga kemana perginya peguam-peguam PKR yang handal handal di dalam membantu "cucumatkilau".


Adakah hati Saiful Izham, Latifah Koya, Shamsul Iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan?. Di mana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu blogger ini.

Blogger "cucu mat kilau" telah memberitahu memang sah tiada bantuan, sama ada sokongan moral apatah lagi bantuan Nasihat Guaman. Beginikah sikap seorang pemimpin yang langsung tidak memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri?.

Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain. Sehingga posting ini ditulis, tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali Ayuh, buka minda, buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau" perlukan kita semua di kala ini. Beliau bukan meminta wang ringgit, sebagai pejuang seperti beliau. Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan. Beliau cuma perlukan sokongan moral.

Berkenaan bantuan guaman, diharap sangat DSAI dan Pakatan Rakyat uruskan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Aku dok terima ucapan selamat Hari Pekerja. Yang silapnya aku dah tak bekerja lagi. Aku dah pencen . Boleh ke aku menerima ucapan ini. Entah lah ... Walau bagaimanapun aku juga mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja. Yang kerja makan gaji ,, keje sendiri dan yang tak bekerja macam aku...

BERITA DARI BLOGGER 2