Tuesday, July 7, 2009

Betul ke Istana Khir Toyo akan di Jual ??

Teringin ke untuk memilik sebuah istana dibina diatas tanah seluas setengah hektar yang dekelilingi oleh pokok yang menghijau di Seksyen 7, Shah Alam Selangor.?

Istana tersebut adalah dimiliki oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

Wakil Rakyat kawasan Sekincan YB Ng Suee Lim menganggarkan istana tersebut bernilai RM 24 juta manakala Dr Khir Toyo menyangkalnya dan memaklumkan bahawa harga istana tersebut hanya berjumlah RM 3.5 juta.

YB Ng Suee Lim telah diminta oleh Dr Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor untuk menjadi agen hartanahnya untuk menjual tanah tersebut pada harga RM 24 juta dan memberi komisen berjumlah 50% dari harga tersebut.

Dengan perkiraan mudah harga rumah akan dijual dengan harga RM 12 juta jika YB Ng ingin membelinya. Jika orang ramai ingin membelinya bolehlah berbincang dengan YB Ng untuk mendapat harga berpatutan.

Guna Daging Babi Untuk Rekrut Ahli Baru - Nama Pekida DiGunakan

Segelintir individu yang mendakwa menganggotai pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjalankan upacara baiah (perakuan sumpah setia) pelik dan jijik untuk merekrut ahli baru, termasuk menggunakan daging babi.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.

“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.

“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.

Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.

“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.

“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.

Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu. -MyMetro

Sila baca seterusnya disini

Polis Guna Kawat Duri di Penamaan Calun Manek Urai

Bagaimana boleh ada kawat berduri di penamaan calun Manek Urai.? Jabatan polis takut penyokong Pakatan Rakyat merusuh atau penyokong Barisan Nasional yang merusuh?

Kenapa bila BN yang akan bertanding, jabatan polis perlu mengadakan kawalan ketat, ada kereta perisai, kawat berduri dan berbagai alat seolah olah semacam akan berlaku darurat dan akan mengistiharkan perintah berkurung.


Semasa PRK DUN Penanti tidak pula ada kawalan sebegini. Malahan di Penanti mereka boleh relek lagi.

Yang tentunya jika terdapat calun BN bertanding mesti kawalan jabatan polis cukup
ketat dan jika BN tidak bertanding, polis bertugas semacam mengawal lalulintas sahaja.

Adakah penyokong BN semacam orang gila sehingga perlu beribu polis untuk mengawalnya???

Monday, July 6, 2009

Rais Yatim kata -Kelantan Tiada Hak Royalti Minyak


KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) -- Fakta mengenai isu tuntutan royalti minyak oleh Pas perlu diperjelaskan oleh agensi berkaitan termasuk Peguam Negara bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengundi di Manik Urai, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya langkah itu juga bagi mengelak ia dijadikan modal politik yang hanya dibangkitkan pada pilihan raya untuk meraih undi.

"Mesti ada pandangan jelas bahawa Kelantan tiada hak (buat tuntutan royalti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Perpustakaan Desa Chuchoh Puteri dan Manik Urai Lama di Chuchoh Puteri di sini Isnin.

Pas mempersoalkan kenapa Kelantan tidak dibayar royalti minyak seperti Terengganu, Sarawak dan Sabah sedangkan negeri itu tersenarai sebagai empat negeri pengeluar minyak dalam buku Jabatan Perangkaan terbitan 2007.

Rais berkata, jika mengikut undang-undang antarabangsa, negeri itu tiada hak kerana kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Jika kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam sudah tentunya zon yang dituntut oleh Malaysia adalah didalam salah satu negeri diMalaysia iaitu Kelantan. Oleh itu perolehan hasil minyak bahagian Malaysia harus dinikmati oleh Kelantan sebagai royalti.

Mana Pergi Penyokong Umno di Manek Urai .....


Puas melayari dari blog ke blog untuk melihat gambar penyokong penyokong Umno dipenamaan calun DUN Manek Urai. Tiada gambar yang menyokong kenyataan terdapat 2000 penyokong Umno menghadiri dan menyokong calun Umno/Barisan Nasional dihari penamaan calun.

Yang jumpa hanya beberapa gambar yang tidak melambang penyokong penyokong yang hadhir.

Kemana pergi nya penyokong Umno. ?????

Sunday, July 5, 2009

Ainana Ahmad B di Masukkan ke Hospital Sungai Buluh

Semasa melawat kakak ipar saya di Hospital Sungai Buluh petang tadi, terkejut sebentar melihat seorang perempuan di katil bertentangan yang seolah olah macam kenal. Puas sudah otak ini ligat berpusing untuk memikirkan dimana saya pernah jumpa perempuan ini. Puas saya memikirkan tetapi masih buntu.

Kerana terlampau ingin tahu sangat saya bertanya kepada anak saudara saya yang menjaga emaknya dihospital. Baru ingat dan tahu namanya dia ialah Ainina Ahmad B. Saya telah diberitahu bahawa pelakun terkenal ini mengidap sakit jantung.

Saya pulak tak berani nak bertanya pada Ainina kerana walau pun saya kenal dia tapi dia tidak mungkin kenal saya. Buat masaalah pulak saya mahu menerangkan kepadanya Jadi penyakit sebenarnya tidaklah saya dapat sahkan tetapi wad tersebut adalah u ntuk penyakit penyakit berkaitan dengan jantung. Pada ketika itu tiada pelawat yang datang melawatnya


Walau bagaimana pun saya doakan semoga Ainina cepat sembuh. Untuk maklumat yang kenal pelakun ini, Ainana berada di Wad 5 C, Hospital Sungai Buluh

Friday, July 3, 2009

Kedah di Serang Penyakit Di Sebabkan Babi. - Merapu Kejap

Satu lagi penyakit berpunca dari babi telah menjangkiti penduduk Alor Star. Punca penyakit ini telah dikesan apabila rumah penyembelihan babi dirobohkan.

Akibatnya, sipesakit tidak akan dapat berfikir dengan akal tetapi ia akan mengunakan hidungnya seperti kelakuan seekor babi untuk berbuat sesuatu tindakan.

Para pengkaji perubatan tarditional telah memberi nama penyakit ini sebagai "Dysfunctional Allergy Proboscis1" (DAP1) dan hanya baru dikesan dan terdapat di Kedah Malaysia.

Walau bagaimana pun para pengkaji perubatan tradisional telah merumuskan dalam kajian yang dikeluarkan setebal 20 muka surat, bahawa DAP1 ini tidak merbahaya, tetapi mungkin berjangkit melalui pengaruh dan emosi yang boleh membuatkan orang yang menghidapi akan menjadi seperti babi lepas kandang atau mungkin seperti babi yang berkeliaran dari lori yang membawanya terbalik dilebuhraya. Disamping itu pengkaji/pengamal perubatan tradisional juga telah berjaya menemui satu kaedah untuk mengurangkan kesan DAP1 ini iaitu dengan mengurung kan sipesakit di dalam kandang babi.

Hanya seorang sahaja yang disahkan mengidap DAP1 ini dan jabatan kesihatan Negeri Kedah sedang mengawasi keadaannya dan mengambil langkah berjaga jaga. Jika keadaannya bertambah buruk ia mungkin di kuarantinkan dalam kandang babi.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan cuba meminta para pengamal perubatan traditional untuk mencari kaedah lain bagi menghasilkan ubat untuk mengubati DAP1 selain dari meletakkannya dikandang babi yang dianggap tidak sesuai dan kotor.

Kementrian Kesihatan belum lagi memberi komen berhubung dengan penyakit ini.

Thursday, July 2, 2009

Rayuan DS Anwar Ibrahim di Tolak

PUTRAJAYA:Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, pada 5 Mac lalu, yang mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan perintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kes liwatnya kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, jelas jaminan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak terbabit dalam kes ini tidak diterima mahkamah.

"Saya tak terkejut dengan keputusan ini dan sudah menjangkakannya. Jelas sistem kehakiman tak banyak berubah.

"Jaminan bekas Perdana Menteri bahawa Peguam Negara tidak terbabit dalam kes ini jelas tak diterima mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, petang ini.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya, S N Nair supaya mengkaji semula alasan ringkas penghakiman hari ini bagi menentukan sama ada semakan kehakiman perlu dibuat.

Sementara itu, Nair berkata, masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada pihaknya akan membuat semakan penghakiman keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

"Kita akan kaji alasan ringkas kehakiman rayuan hari ini sebelum langkah selanjutnya diambil," katanya. ........ Berita Harian

Wednesday, July 1, 2009

Kerana Babi Punya Hal DAP Kedah Keluar Pakatan .

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Apa dah jadi dengan DAP, kerana babi punya hal sanggup keluar gabungan Pakatan Rakyat. Ini lah yang tak sedap didengar apabila ada kekecuhan dalam gabungan Pakatan Rakyat. Umno akan sekali lagi bertepuk dan bersorak sambil ketawa dan mengilai dengan mulut terbuka luas macam badak air akibat kekecuhan ini.

Apa kata kalau di Perak pula PAS Negeri Perak bertindak balas keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai menyokong kerajaan Negeri Kedah akibat perbuatan DAP Kedah ini.? Sekali lagi Umno akan histeria kerana kegembiraan sehingga menepuk meja seperti digambar ini.

Kalau DUN Perak Bubar --- Bagus -- Tetapi Tak Usah Percaya Sangat ..

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN.

Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.

Kenapa pula Osman dan Jamal mesti hadhir dalam meeting tergempar Umno. Sejak bila pula dia orang ni masuk Umno. Mereka ini dah jadi ADUN Bebas dan secara lojiknya tiada kaitan dengan Umno.

Cerita bubar DUN ini hanyalah khabar angin. Sudah banyak kali tersebar. Umno tidak akan membubarkan DUN Perak. Sultan Perak sendiri pun tak mahu membubarkan DUN Perak selepas DS Nizar mememohon berkenan. Mana mungkin boleh bubar.

Tetapi apa yang kita sangka tak mungkin berlaku boleh terjadi. Semua dah tahu terutama apabila kes kes tersebut melibatkan Umno/Barisan Nasional.

Kalau benar Mahyuddin mahu mengadap Tuanku Sultan mohon membubarkan DUN dan
jika Sultan perkenankan tiada sipa yang boleh menghalang.

Memang lah benar seperti kata Jamal, krisis DUN Perak akibat perbuatan mereka. Krisis ini sebenarnya boleh di atasi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya menerima perletakkan jawatan ADUN yang berkaitan dan seterusnya mengadakan pilihanraya kecil bagi kawasan ADUN berkenaan.

Tetapi biasa lah bagi agensi kerajaan mana mana pun sudah mestinya menyokong Umno. Dimana keuntungan kepada Umno itulah keputusannya. Samada PDRM, SPRM, SPR dan termasuk sebahagian dalam bidang kehakiman semasa membuat keputusan. Kalau tidak disokong atau menyebelah UMNO nanti terlepas pulak gaji beribu ribu ringgit akibat ditukar atau di tamatkan kontrak.

Tetapi kalau betul betul ia dibubarkan sudah tentu berita yang amat menggembirakan bagi rakyat Perak kerana kemelut politik Negeri Perak akan berakhir. Tidak kira siapa yang menang yang pastinya ia keputusan rakyat.



BERITA DARI BLOGGER 2