Tuesday, January 4, 2011

SEMUA HARGA NAIK ... BILA NAK TURUN.

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber. Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Tu hari harga gula naik 20 sen sekilo .... Ni rasa rasanya Minyak masak pun kemungkinan akan naik ... Yelah nak kurangkan subsidi.... kata kerajaan BN..

Bila agaknya minyak petrol dan barang barang yang dikatakan barang subsidi ni akan turun harga ..... Mungkin kalau bukan BN yang memerintah harganya akan turun.....

Kita tengoklah nanti .....

Monday, January 3, 2011

KALAU ORANG DAH TAK MAHU - PERGI MAIN JAUH JAUH



Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.

Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya kepada wartawan pada sidang media di pejabat barunya di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Sham Alam.

Meskipun dijangka tidak akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini, Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.

Petikan dari Harakah

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.

''Saya maklum yang Menteri Besar akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya..


Saturday, January 1, 2011

Utusan diminta jangan terlalu obses

Wakil pertubuhan wanita hari ini mengecam pihak yang menyerang ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching brhubung "pakaian ketat" yang dipakainya ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid awal bulan ini.

Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah perhatian kepada pakaian Teo merupakan bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita.

NONE"Ini adalah arus yang menyedihkan. Bahkan, kita dapat melihatnya berlaku sewaktu kempen pilihan raya umum di mana calon wanita menjadi sasaran serangan peribadi tentang bagaimana mereka berpakaian dan dengan siapa mereka bergaul.

"Ini terjadi dalam kes (ahli parlimen Seputeh) Teresa Kok, Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), dan Fong Poh Kuan ((Batu Gajah), yang terpaksa berdepan dengan komen rasis di Parlimen," kata Chin ketika dihubungi.

Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan di muka depan bahawa Teo "buat hal" lagi dengan berpakaian ketat ketika menyertai senamrobik di tempat letak kereta sebuah masjid dalam kawasan pilihan rayanya.

Jawatankuasa masjid tersebut menjemput Teoh menyertai acara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Maal Hijrah anjuran mereka.

Teo menghadiri acara tersebut dengan mengenakan seluar panjang sukan dan baju-T putih.

"Mengapa sasar Teo?"


Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther bersetuju dengan Chin, dan bertanya mengapa Teo (di bawah) sering menjadi sasaran komen seperti itu.

teo nie ching uncensored 120908 03Ahli parlimen Serdang itu sebelum ini menjadi bahan laporan Utusan
apabila akhbar itu menyiarkan di muka depan Teo memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau Ogos lalu.

"Kenapa sasar beliau? Adakah kerana beliau seorang wanita, lantang dan ada kuasa?

"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tapi saya mahu beritahu Teo bahawa memang ramai orang yang tidak puas hati seperti itu, dan beliau jangan pedulikan mereka dan teruskan jalan tugasnya," kata Samanther.

Kedua-dua aktivis hak wanita itu juga menegaskan bahawa Teo menghadiri acara tersebut sebagai tetamu jemputan jawatankuasa masjid tersebut yang tidak ada masalah pun dengan pakaian yang dipakainya.

Malaysiakini

BERITA DARI BLOGGER 2