Saturday, April 16, 2011
TERKINI : BN MENANG !!! LEBIH 2/3 !!! TIDAK RASMI!
Friday, April 15, 2011
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) PALING HEBAT MENJALANKAN TUGAS.
Thursday, April 14, 2011
Dr M ingatkan Taib: Belajar daripada sejarah

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.
Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.
PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.
"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.
Wednesday, April 13, 2011
Tak Pernah Tuduh PM Dan Isteri Terbabit Kes Altantuya-Raja Petra
Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu. Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri. Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri. Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya. Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis." Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican. Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama. "Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot." Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu. "what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah" Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar. "Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed." Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah. Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.
BERITA TV3
APA DAH JADI NI........
Tuesday, April 12, 2011
Taib: Saya akan berundur 'dalam beberapa tahun'
Monday, April 11, 2011
WARTAWAN SI MULUT JAMBAN
Sunday, April 10, 2011
Pertindihan Kerusi PKR, SNAP Beri Keuntungan Kepada BN
"Tentunya saya rasa bimbang kerana kejayaan SNAP hanya akan memecahkan undi pembangkang dan akhirnya membantu (kejayaan) BN," katanya pada sidang media di sini, Ahad. Selain itu katanya, PKR dan Pakatan Rakyat perlu lebih berwaspada dengan kehadiran SNAP yang didakwanya dibayangi BN.
"Kalau kita lihat di beberapa tempat ataupun lihat sahaja di tempat penamaan calon, ada kecederungan SNAP dilindungi oleh BN, jadi kita harus waspada," katanya.
Katanya lagi, kehadiran SNAP hanya akan mengelirukan pengundi apabila terdapat lebih daripada satu parti pembangkang bertanding bagi sesuatu kerusi.Jelas beliau, pengundi terutamanya di kawasan pendalaman kebiasaan lebih mudah membuat penilaian iaitu sama ada memilih antara Pakatan Rakyat ataupun BN.
"Sebab itu di beberapa tempat termasuk di kawasan Iban, orang memilih sama Pakatan Rakyat ataupun BN kerana yang lain (Bebas atau parti bukan dalam Pakatan Rakyat) kelihatan lebih memihak dan akan menguntungkan BN," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan kempen PKR di kawasan berlakunya pertindihan dengan SNAP, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata: "Sekarang ini nampak kerancakan kempen PKR lebih meyakinkan, masih belum ketara kehadiran SNAP."
Pada pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini, PKR dan SNAP masing-masing akan bersaing antara satu sama lain di 25 kerusi yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Dayak.
PKR merupakan parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung manakala SNAP adalah parti pembangkang tempatan.
Mstar