Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah
ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.
"Kami
sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang
membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya
SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull (kanan) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut kerana ia baru sahaja bermula.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.