Naib
Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar
The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah
Tingi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan
mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah
terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.
Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah
menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan
segala aspek berkaitan gantirugi.
harakahdaily
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim
mempermainkan demokrasi dan institusi awam apabila menyatakan kerajaan
sementara berhak mengguna jentera kerajaan selagi belum bermula waktu
kempen.
Katanya, keengganan BN memulangkan kapal terbang, helikopter dan
kenderaan milik kerajaan membuktikan mereka akan memberi fokus kepada 3M
iaitu Media, Wang (Money), Jentera (Machinery) pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Manifesto PR di ciplak . Disini penyokong PR pula yang ciplak logo Sayangi Selangor
Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka,
kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua
dokumen itu.
Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan
pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin
daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol
dan harga kereta.
Muhyiddin
berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah
Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa
cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.
Malaysiakini
Ulasan
Mitsubishi keluar Lancer. Proton keluar Inspira. Tiba2 Proton kata Mitsubishi tiru Proton.
Nie semua salah DS Anwar. He he he .. Kenapalah DS Anwar buat macam ni..........