Thursday, October 17, 2013
Tuesday, October 15, 2013
DAGING KORBAN
Alhamdulillah ....
Tahun-tahun lepas, tak pernah dapat daging korban, malahan hanya saya
mendengar sahaja Umno memberi beberapa ekor lembu untuk dikorbankan.
Kalau Umno yang berikan lembu untuk di korbankan memang saya ini tidak
layak mendapat usahkan tulang tulang lembu malahan tahi lembu untuk
dibuat baja pun saya tidak akan dapat. Dia orang tahu saya bukanlah
penyokong mereka kerana ramai diantaranya adalah menjadi kenalan FB saya
juga, maka sudah tentu segala posting saya yang mengutuk Umno dia orang
akan baca.
Tahun ini melimpah pula rezeki untuk merasa daging
korban. Jiran sebelah (sepupu ) memberi 1 kg daging korban. Manakala
bapa saudara (sepupu ayah} juga memberi 2 kg daging korban dan 1 kg
tulang lembu korban dan menerima juga 1 kg daging korban dari hamba
allah yang tidak dikenali yang mengedarnya dari rumah ke rumah di
kampung ini.
Ucapan terima kasih kepada pemberi dan muga muga trend begini berulang lagi tahun hadapan ... Insyaallah.
Sunday, October 13, 2013
Wanita Umno OK dengan skandal
Wanita PKR mempersoalkan isyarat yang mahu dihantar oleh Wanita Umno
apabila perwakilannya mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang
dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai ketua.
"Apa pesanan yang Umno mahu hantar kepada rakyat. Adakah tidak mengapa untuk seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi pemimpin utama dan pemimpin negara?" katanya ketuanya Zuraida Kamaruddin.
Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang pelik.