Shahrizat Abdul Jalil menarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi
dan Zuraida tanpa sebarang syarat. Adakah mungkin penarikan ini
diarahkan oleh orang yang lebih tinggi jawatannya dari Sharizat.
Kenapa? Kerana kontrak NFC diberi oleh Muhyiddin. Kemungkinan Muhyiddn
akan turut sama terlibat atau dipanggil oleh mahkamah semasa
perbicaraaan.
Kalau diteruskan saman tersebut akan
terbongkar, terlondeh, terlucut, terbuka dan macam2 'ter' lagi tentang
skandal ini akan menyebabkan lebih malu dan lebih parah.
Walaupun
banyak yang telah terbuka semasa terlondeh dan terlucut sehingga
menampakkan benda benda yang terdapat didalam pakaian tetapi untuk
mengambil langkah yang selamat adalah menarik balik saman tersebut.
Mereka takut lebih banyak pendedahan akan menjejaskan reputasi mereka
yang telah banyak tercalar.
Waktu menyaman hendak menunjukkan
kepada penyokong dia seolah-olah betul. Tetapi selepas pilihanraya dan
telah menang sebagai Ketua Wanita dia mengambil keputusan atau diarahkan
oleh sesaorang untuk menarik balik saman tersebut.
Saudara
Rafizi tidak salah dedahkan kesalahan seorang menteri yang bela lembu
dalam kondo. Dalam perkara ini Rafizi dan Zuraida telah menang tanoa
bertarung.
Tahniah Rafizi dan Zuraida