Ketika penungguan penuh mendebarkan penyokongnya di depan bangunan
Umno, timbalan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya
melangkah keluar dengan dengan tenang.
“Saya Umno totok,” begitu
jawanya ketika ditanya berkaitan pendirian parti selepas mesyuarat
Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.
Ditanya berkaitan hasil mesyuarat, beliau berkata ia berjalan dengan baik.
Beliau juga disambut oleh sekumpulan penyokong yang berkumpul sejak awal petang tadi bagi menyatakan sokongan padanya.
Umno
hari ini mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kali pertama
selepas Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.
Perhimpunan
hari ini dipercayai dicetuskan oleh kebimbangan terhadap khabar angin
timbalan presiden itu antara yang akan dipecat hari ini.....MK
Wednesday, September 9, 2015
Tuesday, September 8, 2015
ROSMAH .... OH ROSMAH
Bekas timbalan pengarah Cawangan
Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri
Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak
menggunakan orang tengah.
Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.
“Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?
“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya
Isnin lalu, Hamid membangkitkan
persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam
“mesyuarat tergempar” dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan turut dihadiri Rosmah.
Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa
Sementara itu, Hamid juga
membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya
menyusahkan pegawai dan pengiringnya.
“Selama ini dia banyak
menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu ‘bershopping’ sakan.
Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.
“Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.
Rizal: Tunggu berita siar dulu
Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.
“Saya tidak takut mati pun. Sudah
saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu).
Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa
Allah mengatasi segalanya.
“Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,” katanya.
Sementara itu, Rizal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.
“Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu,” katanya.