Terfikir juga apa yang kebanyakan orang katakan menteri menteri di
Malaysia ini bodoh dan bangang. Dan saya terfikir yang mereka bukan lah
bodoh seperti yang kita labelkan.
Kalau mereka bodoh mereka tak
akan menjadi kaya raya. Rumah mereka berharga berpuluh juta juta, anak
anak dan ahli keluarga mereka memiliki perniagaan yang mempunyai
pulangan yang juta juta.
Barang kemas isteri isteri mereka
bernilai berjuta juta. Kalau bag tangan isteri pula makan harga puluh
dan ratus ribu. Belum lagi pakaian dan kasut. Silap silap Imelda Marcos
pun kalah.
Perhatikan juga kereta kereta yang mereka miliki.
Seorang menteri dua alam mempunyai deretan kereta mewah yang tidak
mungkin dapat dimiliki oleh orang orang bodoh. Belum lagi menteri
menteri lain yang tidak terkira harta yang dimilikinya.
Jadi
dimana letaknya kebodohan dan ketidak cerdikan mereka. Sudah tentunya
mereka mereka bijak dan pandai ? Betul kan ?... Fikirkan lah
Saturday, February 20, 2016
Friday, February 19, 2016
ISI PEKERJA ASING UNTUNGKAN KRONI UMNO.
SHAH ALAM - Masalah lambakan pekerja asing di negara ini tidak selesai selagi pentadbiran kerajaan masih dikuasai Umno, kata ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari. Beliau mendakwa, ibisnesi itu memberi keuntungan berbilion ringgit kepada syarikat kroni Umno yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing. Katanya, keadaan itu menyebabkan Menteri Dalam Negeri bermati-matian mempertahankan kemasukan pekerja asing dengan alasan permintaan majikan.
"Benar seperti dalam filem Tiga Abdul lakonan Allahyarham P Ramlee `Jual Orang Lagi Untung Dari Jual Minyak'.
Setiap pekerja asing dikenendaki membayar lebih RM6,000 kepada agen untuk masuk ke Malaysia. "Sekurang-kurangnya RM500 untuk agen di negara asal dan RM1,000 untuk agen tempatan, jadi dengan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, syarikat kroni akan mendapat 1.5 billion," katanya dalam paparan di Facebook pada 15 Februari.
Yaakob berkata, pintu masuk Malaysia begitu terbuka seo-lah tiada kawalan dan beliau menggesa pembatalan lesen terhadap warga asing dilakukan serta merta. "Kuasa menahan hanya di tangan Imigresen, namun me-reka tidak mampu untuk menahan semua hingga menjadikan Malaysia pusat longgokan pendatang asing.
"Saya tidak nampak tindakan serius daripada kerajaan untuk mengawal pekerja asing dan penduduk tempatan menjadi mangsa," katanya.
PETIKAN DARI SELANGOR KINI
Wednesday, February 17, 2016
ZAHID KATA RAKYAT MALAYSIA MALAS
Rakyat Malaysia memang dah MALAS. MALAS nak menyokong Barisan Nasional lagi dan pada PRU 14 nanti kami MALAS nak fikir banyak dan kami MALAS nak undi parti BN/Umno. Kami juga MALAS nak tengok menteri menteri BN yang bodoh yang memimpin Malaysia sekarang ini.
Awaslah penyakit MALAS ini mudah berjangkit dan amat susah nak diubati..