Beliau mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong "kempen kerajaan" dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari depan.
Abdul Aziz menjelaskan, kakitangan kerajaan mesti mengenepikan "pandangan dan pendirian politik" masing-masing dan menjaga kesopanan "profesional" serta sentiasa bersikap berkecuali.

kematian penyandangnya dari BN, Datuk Sulaiman Taha - ditetapkan pada 22 Januari depan.
Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, "adalah tidak salah" untuk kakitangan awam menjayakan dasar atau program kerajaan negeri.
"Baik Pakatan Rakyat atau BN, pegawai kerajaan perlu setia kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana (yang mentadbir negeri)," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini.
"Tidak salahnya jika mereka memaklumkan kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, tetapi ianya berbeza bila seseorang kakitangan awam berkempen dan secara terbuka meminta mereka yang hadir, untuk mengundi, contohnya, BN atau PKR," tambahnya.
Malaysiakini
Apa kata saya
Boleh pakai ke kata Tan Sri Abdul Aziz Yusof ini.? Kalau setakat nak mengucapkan baik tak payah ... Mungkin boleh pakai tetapi ada ke semua orang patuh ..
Undang undang pun boleh mereka dilanggar... Perlembagaan pun tidak dipatuhi ....... Kalau dia orang masih buat apa tindakan yang akan diambil .... ????
No comments:
Post a Comment