
Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."
Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".
Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganyan, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian.
Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya.
Malaysiakini
Ulasan.
Penyelamat Rosmah dah keluar .... dah lama dipertikaikan baru sekarang timbul mempertahankan Rosmah. Mungkin kena ikut skrip dari pengarahnya.
No comments:
Post a Comment