Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat,
mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang
pemimpin Umno setempat.
Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi
mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas
beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator
Dewan Negara.
Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau
dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.
No comments:
Post a Comment