Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
PETIKAN DARI GREENBOC
Tuesday, March 13, 2012
Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel
Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.
Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.
Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.
Malaysiakini
Ulasan '
Telah berhari-hari ia dibangkitkan baru Hotel Shangrila berkata bil tersebut dibayar oleh perempuan Perdana Menteri,,Agaknya menunggu skript dibuat oleh pengarah. Banyak duit Najib ye?? Menabung sejak kecik kot..

Monday, March 12, 2012
NFC - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan
Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 danaNational Feedlot Corporation (NFC)untuk membeli dua unit kondominium dikompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.
Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada National Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hinggaNov 16, 2009.
Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.
Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.
Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat jika disabitkan, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.
Malaysiakini
Sunday, March 11, 2012
'MAKCIK BOLLYWOOD' Letak Jawatan
Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), "Mak Cik Bollywood" Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.
Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.
Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Ulasan
"Kalau nak berhenti, berhenti sahajalah. Kenapa nak tunggu tamat tempoh habis sebagai senator baru nak letak jawatan? Itu bukan letak jawatan tetapi sudah sampai tarikh luput.
Kenapa macam nak main tarik tali atau tarik sari sambil menyanyi lagu sedih atas gunung atau tepi pantai. Sebiji macam cerita Hindi,. Agak-agak ada orang kesian ke ???