Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
PETIKAN DARI GREENBOC
Bot pelancong karam 2 minggu lalu ditemui bersama mayat warga Sepanyol
-
BuleTinTV3Foto fail AFPMAUMERE: Pasukan penyelamat Indonesia berjaya
mengesan bot pelancong yang dilaporkan karam hampir dua minggu lalu di
perairan timur ...
5 hours ago


