The Star Online melaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.
Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.
Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.
Beliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Walau bagaimanapun bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay (S.K aka Si Kitol) Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.
Malaysiakini
Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.
"Mereka yang merasakan mempunyai pemilikan tanah boleh membuat semakan di Pejabat daerah Kuala Langat dan jika perlu kita juga ada senarai pemilikan tanah di Pejabat pengarah Tanah dan Galian, mereka juga boleh mengemukan pandangan daripada exco, ini adalah proses yang boleh dilakukan.