Monday, August 24, 2009

Sultan Kedah belum perkenan gugur Adun Lunas: MB

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah belum berkenan untuk menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, daripada jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Sultan Abdul Halim dijangka akan memberi perkenan mengenai perkara itu dalam tempoh sehari dua ini.

Beliau menghadap Sultan Kedah petang tadi bagi mempersembahkan permohonan menggugurkan Mohd Radzhi, selepas Adun Lunas itu mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas, semalam.

Azizan berkata, ini bermakna Mohd Radzhi masih lagi seorang Exco dan beliau boleh menghadiri mesyuarat Exco jika ia diadakan sebelum pengguguran itu.

Semalam, dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Mohd Radzhi mengumumkan beliau keluar daripada PKR dan menjadi Adun Bebas, tetapi masih mengekalkan jawatan Exco kerana pelantikannya dibuat oleh Sultan Kedah.

Mohd Radzhi mengambil tindakan keluar daripada PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu. ..Berita Harian

Saturday, August 22, 2009

Internet Rosak Lagi

Ini hari baru baik. Internet( streamyx) tak boleh pakai lagi . Semua dirumah gelisah. Dari bapa kepada 4 orang anaknya. Sudah beberapa kali buat aduan. Dah naik meluat dengan janji janji telekom.

Ini hari semua lege....

Saturday, August 15, 2009

Tindakan kepada Yang Menggangu Gugat Perlembagaan

Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggu gugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan negara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama ini menikmati kestabilan dan keamanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kabinet sudah mengarahkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Kalau Barisan Nasional mengenepikan Perlembagaan apa pula tindakan yang akan diambil. ???? . DS Hishamuddin perlu jawap ini.

Thursday, August 13, 2009

Zambri tak pernah iktiraf Sivakumar sebagai Speaker

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak pernah mengiktiraf V Sivakumar sebagai Speaker sejak Barisan Nasional (BN) menerajui kembali kerajaan negeri pada Februari lalu apabila Sivakumar sekali lagi menggantung beliau daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan didenda RM250,000.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata sejak BN mengambil alih kerajaan negeri selepas mempunyai majoriti dengan disokong tiga Adun bebas serta melantik Speaker yang baru, beliau tidak pernah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker.

Apa lah bodoh punya Zambri. Speaker tetap speaker. Bagaimana pula tidak diiktiraf. Perlantikan Sivakumar sebagai Speaker adalah mengikut undang undang. Kalau nak dibuang mestilah mengikut undang undang, bukan dengan mengusung keluar.

Zambri oh Zambri ...

Wednesday, August 12, 2009

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.


Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. - Bernama

Tuesday, August 11, 2009

Kerosakan Kebel Telepon - Menyepi Hampir Seminggu

Akibat kerosakan kabel telefon , hampir seminggu tak dapat on line. Mail berlambak lambak dan posting diblog yang diikuti juga terlalu banyak. Kena ambil masa nak baca satu persatu. Inilah dia Telekom Malaysia. Kerosakan terpaksa mengambil seminggu untuk dibaiki.

Kalaulah seminggu tak dapat online boleh ditolak pada bil bulanan kan bagus. Ini tidak .. biar sebulan kabel rosak ... sewa bulanan tetap kena bayar.. Tak adil lah macam ini.

Friday, August 7, 2009

Sikap SPRM jika terdapat lapuran terhadap ADUN Pakatan Rakyat berkaitan rasuah

Teringat apabila membaca didalam hikayat-hikayat lama dengan bahasa berirama yang terdapat didalamnya yang boleh di ibaratkan sebagai tindakan SPRM apabila terdapat lapuran terhadap ADUN ADUN Pakatan Rakyat.

Apabila terdapat lapuran lapuran tersebut maka bergegaslah masing masing ke tempat atau pejabat YB Pakatan Rakyat untuk cuba menyelongkar fail fail yang dikata mempunyai kaitan walaupun tanpa notis yang mencukupi

Jika terdapat berbagai kecacatan dari segi fisikal pegawai pegawai SPRM ia boleh lah diibaratkan seperti yang terdapat di dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda seperti berikut:-
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,

Yang kurap mengekor angin.

Masing-masing dengan gunanya :

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh.

Begitu lah pantasnya mereka menjalankan tugas dengan kemahiran masing masing. Jikalaulah semua kes yang dilapurkan SPRM bertindak demikian, alangkah baiknya,



BERITA DARI BLOGGERS