Friday, June 12, 2009

Persamaan Adun Jelapang, Changkat Jering, Behrang dan ADUN Jawi

Apakah surat letak jawatan tanpa tarikh yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Pulau Pinang, Tan Beng Huat akan menerima nasib sama yang dialami tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak awal Februari lalu?

Memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu adalah bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti kata Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Bagi SPR jika menerima makluman daripada Speaker, SPR akan meneliti dan mengesahkan kesahihan kandungan surat letak jawatan berkenaan," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi mStar Online.


Dalam keadaan kes tiga ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang di Perak, jelas Aziz, wujud keraguan berhubung kesahihan surat letak jawatan dan surat penafian oleh ketiga-tiga wakil rakyat terbabit.

Ketiga-tiga ADUN berkenaan menafikan mereka telah meletakkan jawatan dengan menegaskan bahawa memang ada menandatangani surat letak jawatan sejurus selepas pilihan raya Mac 2008.

Ekoran keraguan itu, SPR memutuskan bahawa status ADUN ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan kekal dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Petikan dari Mstar

Thursday, June 11, 2009

Siapa Boneka UMNO .??????????

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.


"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.
(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS. "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.
"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.


"Mana boleh tutup mulut manusia." katanya lagi.


Dipetik dari Malaysiakini

Wednesday, June 10, 2009

DS Najib Sendiri Tak Faham Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

"Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini. Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya.

Mengulas lanjut Najib berkata, beliau juga tidak boleh membuat keputusan berhubung perkara itu secara bersendirian kerana ia merupakan satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan Barisan Nasional (BN). - Malaysiakini

Tuesday, June 9, 2009

Ahli Politik Susah Nak Ikhlas kata Tun Dr Mahathir Mohammed

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum. - Bernama.




UMNO Ketawa Kerana Pas Bangkitkan Kerajaan Perpaduan

Cuba Perhatikan..
Inilah gambar ahli UMNO yang ketawa sampai tak sedar diri berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan yang dibangkitkan oleh Haji Abdul Hadi Awang.

Cuba bandingkan gambar gambar sebelah kiri dan kanan. Semua akan setuju ia ada sedikit persamaan

Monday, June 8, 2009

Apa Jawatan Haji Abdul Hadi Awang didalam Kerajaan Perpaduan

PAS tidak boleh menutup terus pintu kepada ruang perbincangan dengan mana mana pihak termasuk Umno kerana ia bercanggah dengan perintah Allah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Islam juga, katanya, mengutamakan perdamaian memandangkan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia walaupun dibenar berperang jika langsung tidak diberi ruang kerana Allah sesekali tidak mengizinkan umat Islam menyerah kalah.

Beberapa soalan memerlukan jawapan jika kerjasama PAS dan UMNO benar terjadi didalam Kerajaan Perpaduan.

- Kemanakah arahnya kerjasama PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat selepas PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. ?

- Apakah Hj. Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dapat apabila mereka berjaya mengheret PAS untuk bersekongkol dengan Umno dalam Kerajaan Perpaduan?? . Mungkin ke mereka ditawarkan jawatan jawatan menteri didalam kerajaan tersebut ??

- Apakah kesudahannya krisis politik Negeri Perak akibat keujudan kerajaan ini. ?

Sunday, June 7, 2009

Apa Kata Tuan Guru Nik Aziz Tentang Kerajaan Perpaduan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah. Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.


Nik Aziz berkata, individu dan kerajaan lain tidak kenal Umno sama seperti kerajaan Kelantan mengenali Umno. (Bagi) otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia. (Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan," katanya lagi.

Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, tambah Nik Aziz. Beliau juga mendakwa ada menteri persekutuan yang mengarahkan kakitangan kementeriannya di Kelantan supaya tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. "Inilah (slogan) satu Malaysia kerajaan (Datuk Seri Najib Razak) sekarang ini," katanya.

Nik Aziz juga berkata, perwakilan muktamar PAS tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi bercakap perkara lain. Katanya, beliau sempat mendengar dua atau tiga perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

"Ini restoran, kalau kita masuk restoran kita minta makanan, kita minta minuman. Tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik," katanya. "Orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar (PAS)."

Petikan dari Malaysiakini.

Penubuhan Suruhajaya Diraja bagi menyiasat rampasan kuasa oleh BN di Negeri Perak

Seorang perwakilan Perak mengemukakan usul tergempar pada hari terakhir muktamar PAS agar mendesak penubuhan suruhajaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa oleh BN Februari lalu di negeri itu.

Dr Khairuddin Abdul Malik, perwakilan kawasan Tambun, berkata suruhanjaya tersebut bagi menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Beliau turut mencadangkan agar badan yang akan dibentuk itu memberi cadangan-cadangan pencegahan agar insiden tersebut tidak terjadi kepada empat lagi negeri Pakatan Rakyat.

Sementara Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad ketika menyokong usul tergempar ini berkata, penubuhan badan tersebut penting untuk mendedahkan "kejahatan dan keburukan" BN yang mengambilalih kuasa secara tidak berprinsip dan tidak menghormati undang-undang, termasuk undang-undang tubuh Perak sendiri.

Petikan Malaysiakini .. selanjutnya disini

BERITA DARI BLOGGER 2