Friday, January 14, 2011

PENGAKUAN BERZINA


A defence witness in the sodomy trial of jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim told the High Court today that he had sex with star prosecution witness Ummi Hafilda Ali.

"I had sex with Ummi in London," said Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda to the murmurs of those seated in the public gallery.

Komen:
Kalau pengakuan begini tak boleh siasat di siasat ke oleh Jabatan Agama untuk diambil tindakan ????

Isu SUK : ADUN Umno Didakwa Peralat Istana

SHAH ALAM 14 JAN : Adun Umno sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memulau siang Dewan Negeri Selangor bagi memulihkan kuasa-kuasa Sultan dan Menteri Besar untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif kerajaan negeri.

Pakar undang-undang Profesor Dr Aziz Bari berkata alasan ADUN Umno kononnya Pakatan Rakyat tidak mendapatkan pekenan Sultan untuk mengadakan sidang itu tidak masuk akal kerana sememangnya tidak ada keperluan sebegitu.

Beliau berkata hakikat ialah Umno sendiri yang menghakis kuasa Sultan dan kini mengangkat diri sebagai pembela istana di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Jadi kita harus faham bahawa dalam peruntukan undang-undang kuasa itu secara formalnya diletakkan di tangan Yang Dipertuan Agung ataupun Sultan ataupun Yang DiPertua Negeri tapi secara formal. Maka kuasa itu tidak boleh dillihat sebagai kuasa mutlak untuk menyekat atau mengawal dewan, kalau begitu maka bukan Raja Berperlembagaan seperti yang dikatakan," jelas beliau.

Aziz berkata Umno Selangor sengaja berdolak dalih dalam isu memulihkan kuasa Sultan dan menggunakan pelbagai helah untuk mengelak daripada menghadiri sidang DUN pada 24 Januri.



"Sekarang ini apabila Umno sudah lemah, apabila Pakatan Rakyat sudah memerintah di beberapa negeri, dan hampir pada satu ketika membentuk kerajaan pusat, maka Umno bawa cerita ini," tegas beliau lagi.

Beliau seterusnnya berkata, pihak kerajaan dan orang awam perlu memahami bahawa kuasa yang diperuntukkan kepada sultan tidak boleh dijadikan alasan menghalang sidang DUN.

Kata beliau lagi, tidak masuk akal sekiranya kuasa yang diperuntukkan kepada Sultan buat masa ini adalah kuasa mutlak untuk mengadakan sidang DUN.

"Bagaimana kalau ia menjadi soal undi tak percaya? Takkanlah Sultan nak menyelamatkan kerajaan, sedangkan kerajaan yang menghadapi undi tak percaya untuk menyelamatkan dia, kalau kebetulannya Sultan suka kerajaan itu? Jadi itu yang harus kita faham dan dapat melihat dengan betul, bahawa konteks dan kedudukan sebenar Sultan hanya sebagai pemegang kuasa formal sahaja," tegas beliau.

http://tvsnews.net/v1/


Thursday, January 13, 2011

Kata Pulangkan Rupa Rupanya .... Di Tarik

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya.

Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

Malaysiakini.


Wednesday, January 12, 2011

SILA PULANGKAN PENYAPU YANG DIBERI OLEH KHIR TOYO


Ini ada maklumat khas kepada Pegawai PBT yang telah di anugerahkan penyapu oleh Dr Khir Toyo supaya dapat meyerahkan kembali penyapu penyapu yang telah diberi sebagai menyokong tindakan beliau kerana mengembalikan pangkat Datuk Sri kepada Sultan .

Jika penyapu penyapu tersebut telah tiada sila beri penyapu lain sebagai pengganti....


TIDAK BOLEH TUNJUK SOKONGAN KEPADA MANA-MANA PARTI POLITIK KATA PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof

Pegawai kerajaan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof sambil menambah bahawa mereka perlu sentiasa menjaga tahap "profesionalisme" masing-masing.

Beliau mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong "kempen kerajaan" dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari depan.

Abdul Aziz menjelaskan, kakitangan kerajaan mesti mengenepikan "pandangan dan pendirian politik" masing-masing dan menjaga kesopanan "profesional" serta sentiasa bersikap berkecuali.

NONETarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut - ekoran
kematian penyandangnya dari BN, Datuk Sulaiman Taha - ditetapkan pada 22 Januari depan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, "adalah tidak salah" untuk kakitangan awam menjayakan dasar atau program kerajaan negeri.

"Baik Pakatan Rakyat atau BN, pegawai kerajaan perlu setia kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana (yang mentadbir negeri)," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

"Tidak salahnya jika mereka memaklumkan kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, tetapi ianya berbeza bila seseorang kakitangan awam berkempen dan secara terbuka meminta mereka yang hadir, untuk mengundi, contohnya, BN atau PKR," tambahnya.

Malaysiakini

Apa kata saya

Boleh pakai ke kata
Tan Sri Abdul Aziz Yusof ini.? Kalau setakat nak mengucapkan baik tak payah ... Mungkin boleh pakai tetapi ada ke semua orang patuh ..

Undang undang pun boleh mereka dilanggar... Perlembagaan pun tidak dipatuhi ....... Kalau dia orang masih buat apa tindakan yang akan diambil .... ????

Tuesday, January 11, 2011

Sidang khas Dun Selangor 24 Jan

Harakahdaily
SHAH ALAM, 11 Jan: Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu yang dilapor Malaysiakini, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh Dun ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Komen Pak lubis
Macam mana BN /Umno menghadapi isu ini. Rasanya agak tertekan .... tak di sokong ' mati emak " kalau di sokong "mati bapak"..... Apa apa keputusannya kita tunggu dan lihat dan buat rumusan siapakah yang ' menderhaka' .....


BERITA DARI BLOGGER 2