
Tetapi kenapa banyak nampak orang yang berkulit gelap .......??? Kenapa pula polis tak suraikan ??? .
Agaknya kalau demo tersebut memburukkan tentang PKR, PAS dan DAP, mungkin diberi kelonggaran tetapi jika sebalik nya tidak akan dibenarkan.
Harakahdaily |
IPOH, 11 Nov: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria didakwa cuba menghalalkan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.![]() "Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu," katanya. Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry, tidak melakukan syirik dan khurafat kerana tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik. Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah. "Sesudah ini adakah bermakna siapapun boleh hadir dalam apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Islam, asalkan tidak mempunyai niat melakukan perkara itu?," soalnya lagi. ![]() |
Harakahdaily |
Menurutnya, adalah tidak wajar jika Menteri Besar Perak itu masih mempertahankannya sedangkan ianya jelas bercanggah dengan akidah umat Islam. Zambry juga jelasnya cuba mengalihkan kesilapannya meletak ancak di tiang seri rumah dengan membangkitkan isu menyalakan lilin memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang disertai Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong). "Zambry sepatutnya mengakui kesilapan dia dan segeralah bertaubat. "Perbuatan meletak ancak ke tiang seri, mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak, tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut adalah khurafat. "Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu," katanya. Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar rakyat Perak menjauhi amalan tersebut, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam. "Akidah merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut tidak diterima Allah SWT," katanya. Zambry semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu dilaporkan meletak ancak di tiang seri rumah kononnya untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan. Ekoran itu juga, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Mereka juga telah menyatakan kesediaan bertemu Menteri Besar Perak itu bagi menjelaskan juga beza antara ritual yang lakukan Zambry dengan program menyalakan lilin yang disertai Nizar.
Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. “Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut,” ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini. Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian. Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN). Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya. Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri. Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam. |
Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam.
Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Pulau Pinang mendakwa mengumpulkan sejumlah wang penghargaan warga emas tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang tersebut.
"Kita tidak pernah menghalang warga emas yang ingin memulangkan wang penghargaan tersebut, tetapi mereka haruslah menurut prosedur yang telah ditetapkan.
"Ianya harus dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui pejabat daerah dengan menyertakan butir-butir peribadi sepertimana yang tercatat pada permohonan mereka dalam sistem daftar yang ada serta tidak melalui Umno atau saluran lain," ujarnya lagi.
Beliau juga mengingatkan warga emas supaya tidak menggunakan Umno sebagai saluran kerana parti tersebut akan mempolitikkan isu tersebut.
Tambahnya lagi, seandainya Umno benar-benar ikhlas untuk mengembalikan wang tersebut, maka tindakan terbaik yang boleh mereka ambil ialah membantu warga emas supaya menghadirkan diri ke pejabat daerah serta memadamkan nama mereka dari senarai nama penerima.
Pada minggu lalu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mendakwa akan mengembalikan wang yang telah dikutip melalui akaun kerajaan negeri tanpa mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
"Umno tidak boleh memasukkan wang yang mereka dakwa sebagai kutipan dari warga emas kerana tindakan tersebut adalah salah dan tidak menurut cara yang betul.
"Apa yang dibimbangi kemungkinan besar wang yang didakwa sebagai wang pemulangan dari warga emas itu bukan datang dari warga emas yang sebenarnya, tetapi dari sumber yang tidak sahih atau pun rasuah dan dari sumber yang haram," tegasnya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Harakah.