Saturday, July 2, 2011

SEMBILAN BUAH RUMAH KEDAI DIPEKAN BANGI LAMA HANGUS DIJILAT API



Sederet rumah kedai di Pekan Bangi Lama yang mengandungi 9 buah kedai yang dianggarkan berusia dalam anggaran 60 tahun hangus di jilat api pada awal pagi ini. Api bermula dari salah sebuah kedai makan dan terus marak sehingga merebak dan memusnahkan semua kedai di deretan tersebut yang menempatkan kedai perabut, kedai 'hardware', kedai gunting dan kedai makan.

Punca kebakaran masih belum di ketahui dan buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilapurkan. Kerugian dalam kebakaran ini belum dapat ditafsirkan.

Wednesday, June 29, 2011

Hisham: Haram pakai baju BERSIH, boleh ditangkap

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Malaysiakini.

Ulasan.

Senang senang saja buat andaian. "satu kesalahan memakai baju aktiviti haram" tetapi bila ada puak puak yang menyokong tayangan video lucah tak pulak haram... agaknya tayangan video lucah tak haram...


BERITA DARI BLOGGER 2