Friday, January 20, 2012

Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Ulasan.
Akan kena lagikah Anwar atau bebas dari pertuduhan liwat?????? Sama sama lah kita tunggu lihat.

Thursday, January 19, 2012

Nazri Abdul Aziz Takut Istiharkan Harta

Perisytiharan aset oleh menteri-menteri dan ahli-ahli keluarga mereka boleh membahayakan individu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu, sambil berkata: "Jika kita membuat butiran ini secara publik, ia boleh membahayakan individu yang berkenaan ... terutamanya kerana ia juga akan memasukkan butir-butir peribadi."

Disoal lanjut mengenai apa yang dikenali sebagai "bahaya", Nazri enggan mengulas lanjut selain mengatakan bahawa ia akan merbahaya jika orang luar mendapati berapa banyak idividual bernilai.  Petikan dari FMT


Ulasan.

Kenapa takut ?????.. Ada apa-apa yang mahu disorokkan ke ???

Wednesday, January 18, 2012

Azalina Othman hari ini mengaku bahawa beliau telah menerima RM300,000 dari Ahli Perniagaan Johor

Gambar Hiasan
Bekas Menteri Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan dari UMNO, Azalina Othman hari ini mengaku bahawa beliau telah menerima RM300,000 dari Ahli Perniagaan Johor, Yahya Abdul Jalil.Bagaimanapun beliau menafikan RM300,000 itu adalah rasuah.

Menurut Pegawai Medianya Zulkifli Mat Rawi, cek bernilai RM300,000 yang diterima dari Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Gerbang Perdana itu adalah hasi jualan sebuah kereta klasik milik Azalina.

Tambah Zulkifli lagi “Dua tahun lalu ketika Azalina masih merupakan seorang Menteri Kabinet, beliau telah membeli sebuah kereta klasik iaitu Mercedes Benz 280SL (1969), Itu adalah hobinya. Kemudian apabila beliau menyedari bahawa untuk menyelenggara kenderaan sedemikian ianya memerlukan belanja yang tinggi dia telah menghentikan hobinya itu lalu mengiklankan kereta tersebut untuk dijual kepada pembeli yang berpotensi. Bulan March tahun lalu, Yahya telah menghubungi Azalina dan kereta tersebut telah dijual kepada Yahya”. Dari blog PASB


Ulasan..

Kena lah buktikan dari kad pendaftaran. Mesti ada transaksi pertukaran hakmilik.  Kalau tak ada bukti ... semua boleh cakap..
Sudah tentu masa beli dulu harga nya mahal jugak.. Banyak duit ye??

Tuesday, January 17, 2012

Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai

Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”

Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah “bom”.


Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka” — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.


“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.”

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

Malaysininsider

Ulasan;

Semua orang dah tau ... Ni disahkan oleh bekas Menteri

Monday, January 16, 2012

APA YANG HAJI NAJIB BEKUKAN ???????

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.
NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak ntuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

MALAYSIAKINI

Sunday, January 15, 2012

Gelagat Najib Menitiskan Air Mata Sebagai Hero Filem Tamil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat lawatan ke kompleks PKNS di Shah Alam semalam sebagai berkata beliau  mahu menitiskan air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.

Sementara Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin pula telah mengulas dengan menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil. Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya. Sebaliknya beliau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

“ Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.

“Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,” kata Faekah

Petikan dari FMT Disini 

Ulasan.

Nak tergelak pun ada.. Meluat pun ada dengan gelagat Najib ni ......

BERITA DARI BLOGGER 2