Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
PETIKAN DARI GREENBOC
Saya mohon maaf kepada Fatimah – Wanita bersuami mengaku cuba berzina
dengan suami orang
-
Reza A HamidIsteri dan suami orang, Siti Iqbar Mazlan, 35, dan Hairul
Mokhsin, 24, masing-masing dikenakan denda RM4,500 dan RM5,000 atau lapan
bulan penja...
2 hours ago


