Monday, March 12, 2012

NFC - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
NONE
Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 danaNational Feedlot Corporation (NFC)untuk membeli dua unit kondominium dikompleks One Menerungdi Bangsar, pada 1 dan 4 Disember2009.

Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada National Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hinggaNov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Untuk kedua-dua kesalahan mengikut Seksyen 409 itu, jika disabitkan beliau boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.


Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat jika disabitkan, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.


Malaysiakini

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2