Friday, August 7, 2015

PENGARAH OPERASI SPRM DITUKARKAN

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Tuesday, August 4, 2015

DERMA DI AKAUN NAJIB ADALAH RASUAH



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 694

Tafsiran “suapan” ertinya—
(a)wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga,harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan,
atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

adalah melakukan sesuatu kesalahan

Kesalahan menerima suapan

Sekyen 16.Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain—
(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain,

Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 dan 23,24.

(1)Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh—
(a)dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan
(b)didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Sunday, August 2, 2015

SULTAN JOHOR TITAHKAN TS MUHYIDDIN MENGADAP

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.  
Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini.

Sementara itu, portal berita The Malaysian Insider dipetik berkata, perjumpaan itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa.

Muhyiddin juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor  pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai.


Pada Ahad, Muhyiddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang di Kluang.


Ia merupakan mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada barisan kabinet.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sebelum ini membuat kenyataan tidak menghalang mana-mana bahagian untuk menjemput Muhyiddin merasmikannya.


"Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan diharap semua pihak terus menghormatinya," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini.

"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno.


"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu," kata Azizul dalam satu kenyataan, Ahad.


Dalam tradisi UMNO, Timbalan Presiden adalah Timbalan Perdana Menteri.


"Tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan," kata Azizul.


Azizul meletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kluang baru-baru ini susulan pelepasan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat.


Sehubungan itu beliau memberi amaran sekiranya Najib gagal menghormati keputusan ahli parti, ahli parti akan hilang hormat kepadanya.


"Adalah malang bagi UMNO jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada Presiden," katanya.

BERITA DARI BLOGGER 2