Friday, December 21, 2012

BN Mengaku Mereka Silap

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

NONE"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Malaysiakini 

Rakyat Malaysia harus harus hukum lagi BN/UMNO dengan menjatuhkan BN pada PRU13. Dan selepas itu bawakan mereka yang terbabit ke mahkamah.

Monday, December 3, 2012

Guru dipecat dakwa dapat borang Umno

Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau
dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.


Thursday, November 15, 2012

Chua Soi Lek Nafikan Serah Serah Kerusi Jelapang pada Hee Yit Foong

 



Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menafikan bahawa BN membuat persetujuan untuk menyerahkan kerusi DUN Jelapang untuk ditandingi wakil bebas Hee Yit Foong dengan tiket BN.
Dalam satu kenyataan hari ini, Chua menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah membuat apa-apa perbincangan dengan perdana menteri untuk menyerahkan kerusi Jelapang di Perak.

Bahagian MCA Jelapang dan saya tidak pernah membincangkan untuk membenarkan orang luar bertanding di kerusi itu dengan tiket MCA, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Hee semalam yang menyatakan akan bertanding di kerusi berkenaan "dengan tiket BN" dan dakwaan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan maklumat lanjut sedikit masa lagi.

Hee memenangi kerusi itu pada 2008 ketika bertanding dengan tiket DAP namun kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai wakil mesra BN yang kemudiannya membolehkan BN mengambil alih pentadbiran Pakatan di Perak.

Usaha untuk memenangi pilihan raya memerlukan sokongan parti komponen, kata Chua yang mengulas kenyataan Hee yang yakin memenangi kerusi itu dengan sokongan pengundi kawasan tersebut.

Chua berkata, Hee boleh mengumumkan diri sebagai calon Jelapang namun mungkin tidak berjaya menang tanpa sokongan bahagian dan akar umbi MCA.

Malaysiakini

Monday, November 12, 2012

Kenyataan Pak Lah Isu Murtad

 



Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.

"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).

"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.


Malaysiakini

Sunday, October 21, 2012

Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini





KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.

“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.

Harakah

Friday, October 5, 2012

SPRM siasat kenduri mega anak Ali Rustam






MALAYSIAKINI

Tuesday, September 25, 2012

DS Anwar Patut Guna Kapal Selam

DS Anwar Ibrahim guna bas yang disewakan oleh Tan Sri Khalid pun dikecohkan dan bila gunakan pengawal peribadi kecoh juga. Kini Anwar naik jet peribadi yang dipinjam dari rakan pun bertambah kecoh.

Tetapi bila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji dalam jet peribadi milik kawannya tak lah sekecoh sangat dan tidak pula dipersoalkan langsung.  DS Anwar pakai jet peribadi ke Sabah dipertikaikan.

Apa kata kalau Anwar guna kapal selam Scorpene. Tak kan DS Zahid Hamidi tak boleh bagi pinjam..

Saturday, September 15, 2012

Hishamuddin tak faham tugas menteri.



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh.“Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor.
“Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa.
“Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?” katanya. - KD.

Tuesday, September 11, 2012

Lontar Cat Oleh Penyokong Umno Dibiarkan


 



Dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya. 

Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan.

Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Wednesday, September 5, 2012

BERNAMA TURUT MEMPRAKTIKAN BUDAYA BIADAP

Siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP. 

Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan.......menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb.

Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku.

Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus.... dan pengacara mengatakan “KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS”..... 

kahkahkahkahkahkahkah.... Nampak sangat tak dapat terima kenyataan.....

Kelab Greenboc

Ulasan
 Meletakkan telefon tanpa sebab ketika sedang bercakap juga merupakan perbuatan biadap. Dengan kata mudah Bernama juga adalah melakukan perbuatan Biadap

Thursday, August 30, 2012

JANJI DEMOKRASI - A SAMAD SAID

"Janji Demokrasi"- A Samad

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!


Monday, August 27, 2012

Hanya Dato' Seri Anwar dan Tun Musa Hitam yang kenal sangat dengan Tun Dr Mahathir

 
Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Monday, August 20, 2012

Jangan Undi Calun MCA pada PRU13

 
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

 Begitulah ucapan yang dipetik dari Malaysikini yang diungkapkan oleh Datuk Donald Lim.
 
Ulasan
Kepada semua orang Islam terutama orang Melayu marilah kita "ajar"  dia dan partinya dengan tidak mengundi calun-calun dari MCA di dalam Barisan Nasional dalam PRU13 akan datang. Mudahan dengan berbuat demikian tidak ada satu kerusi pun akan dimenangi oleh MCA dari Barisan Nasional.

Tuesday, July 24, 2012

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Malaysiakini

Tuesday, June 19, 2012

Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim.



Malaysiakini .... baca selanjutnya di sini 

Tuesday, June 12, 2012

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta - Padan muka Najib dan Rosmah

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.



Ulasan.
Baru padan muka Najib dan Rosmah. Belanja bertunang ratus ribu , kononnya bertunang dengan anak orang ternama di Kazakhstan . Rupa-rupanya yang terlibat dengan kerja-kerja syaitan. Mungkin ini lah bala yang menimpa dari Allah untuk ditunjukkan kepada semua rakyat di Malaysia. Disamping itu ia juga satu petunjuk supaya jangan biarkan Najib menjadi PM lagi. Kalau Najib jadi PM berapa juta pulak nanti anak menantu dia akan tipu duit rakyat Malaysia. 


Mana nak tunjukkan muka wahai Najib dan Rosmah serta anaknya yang dulu bermegah bila bertunangan dengan Daniyar Nazarbayev. 

Monday, June 11, 2012

Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta


KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.  Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Selanjutnya DISINI di Harakahdaily

 

Monday, May 21, 2012

Tiada arahan bawa telur - kerana memang UMNO tak ada telur

Arahan untuk membawa telur tidak dikeluarkan, Setiausaha Pemuda Umno bahagian itu, Jezlee Tit yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Merlimau. 


Ulasan 
Memang orang Umno tak ada telur, penakut dari Presidennya hingga ke ahli ahlinya..takut kalah dalam PRU, takut pada PR, takut pada kapal Scorpen, takut bini, takut Mat Sabu, Takut Lim Guan Eng takut pada Anwar Ibrahim dan bermacam-macam perkara yang tak manasabah ditakutkannya.


Yang paling mereka takut ialah pada BERSIH, kerana mereka mempunyai hati yang busuk dan kotor

Sunday, May 20, 2012

Wan Azizah: Kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-BN


Pemilikan saham RM30.8 juta yang didakwa diberi kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-Barisan Nasional, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Jika anak menteri yang berusia 26 tahun berjaya memiliki saham yang berjumlah melebihi RM30 juta, sudah pasti pelbagai persoalan bermain di pemikiran  rakyat tentang kelayakan pemilikan saham tersebut.
Wan Azizah ketika memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di Permatang Pauh
“Kontrak kerajaan sepatutnya tidak boleh diagihkan kepada kroni atau keluarga.
“Namun begitu, jelas membuktikan Umno dan BN sudah tidak boleh dipisahkan dengan amalan tersebut,” katanya ketika berucap di majlis ‘Hi-Tea’ di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, 17 Mei lalu.
Beliau turut mengaitkan skandal  membabitkan keluarga wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil menyalahgunakan dana RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) milik suami dan anak-anaknya.
“Menteri dan keluarga mereka, merasakan apa yang menjadi milik kerajaan adalah milik keluarga.
“Apabila pendedahan dibuat, bukannya tindakan diambil terhadap pembongkaran tersebut, sebaliknya pemberi maklumat pula diambil tindakan, ” ujarnya merujuk tindakan yang dikenakan ke atas seorang kerani Bank baru-baru ini.
Beliau juga berkata, adalah sukar untuk mempercayai keadilan akan wujud dalam siasatan berhubung skandal membabitkan pimpinan Umno dan kerajaan, melainkan parti itu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam majlis yang sama Wan Azizah juga menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang tidak bernasib baik dalam Parlimen Permatang Pauh.

keadilan daily

Thursday, May 3, 2012

Jika Peserta BERSIH ganas ditangkap , Polis GANAS juga mesti ditangkap

Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.


Malaysiakini


Ulasan.


Harap tuan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin tangkap juga polis-polis yang ganas semasa BERSIH 3.0 tersebut. Jangan hanya tangkap perserta Bersih. Ini baru lah adil.

Tuesday, April 24, 2012

Kes Scorpene ke Perancis mahu kucar-kacir negara

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.



Malaysiakini


Ulasan 


Yang kucar kacir adalah Umno. Dan yang teruk menerima kucar kacir ini Najib dan sekutu rapatnya

Sunday, April 22, 2012

Najib dan Zahid mungkin dapat waran tangkap Mahkamah Perancis

Najib dan Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan besar akan ditangkap di Eropah, sekiranya beliau enggan hadir dimahkamah Perancis berkaitan dengan isu pembelian kapalselam Scorpene. 
Menurut seorang peguam terkemuka, sekiranya mahkamah Perancis mempunyai bukti kukuh terhadap pegawai-pegawai Malaysia, tuduhan boleh dikenakan terhadap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.
 
"Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.
Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.

Dari pelbagai sumber

Saturday, April 21, 2012

Artist Di Dakwa Jalinkan Hubungan Dengan Menteri Ada Pemandu



"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. " 

Beginilah balas seorang artist yang telah didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang menteri dan telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.

 Dengan beraksi hanya satu dua filem dia boleh menggajikan seorang pemandu. Selain itu, didedahkan juga artis ini mempunyai beberapa buah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. 


Mana dia dapat duit sebanyak ini ??

Thursday, April 12, 2012

Ku Li sarankan Nizar bersiap sedia untuk ambil alih Perak




 
SHAH ALAM, 12 April — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Saturday, April 7, 2012

TAU PULA MALU SI ROSMAH NI

 Kerana malu sebab menonjolkan jambulnya si Rosmah  cuba berlindung disebalik lakinya. Tetapi oleh kerana badannya lebih besar dari badan lakinya ia tidak dapat menyorokkkan keseluruhan badannya.


Nampaknya kenalah eksersais lagi untuk kuruskan badan supaya lain kali senang menyorokkan badan yang debab tu.

Thursday, March 29, 2012

RAHSIA ANAK-ANAK A SAMAD ISMAIL

  • Nuraina Samad menyimpan rahsia ini tahun berganti tahun dan hanya terpancuul kepada kalangan yang rapat sahaja. Semuanya bermula pada 1976.

Dengan tanda tanya, abang yang tuanya keluar dan mendapati anggota polis Cawangan Khas yang mahu masuk dan menggeledah bilik bapanya.

"Saya masih ingat, seorang daripada mereka mengambil buku karangan (pemenang hadiah nobel sastera) Pearl S Buck. Saya masih ingat, ketika itu saya berfikirfikir, 'kenapa dia ambil buku itu?'" kata editor pengurusan di New Straits Times yang pemalu dengan kamera itu.

Selama dua jam itu - masa terasa amat panjang - lelaki polis itu berkata, bapanya A Samad Ismail, bekas timbalan ketua pengarang New Straits Times ditahan bawah akta ISA.

Malaysiakini ..... seterusnya baca di SINI

Monday, March 19, 2012

Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatannya selaku ahli parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Beliau walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Abdul Kadir menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

Malaysiakini

Ulasan
Adalah lebih baik keluar dari UMNO ... kerana UMNO ini sudah jadi parti tak guna lagi...

Tuesday, March 13, 2012

RAFIDAH TEMPELAK SHARIZAT

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa,"
 kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.



PETIKAN DARI GREENBOC

Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel

Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan  Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.NONEMenjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.
Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.

Malaysiakini


Ulasan '
Telah berhari-hari ia dibangkitkan baru Hotel Shangrila berkata bil tersebut dibayar oleh perempuan Perdana Menteri,,Agaknya menunggu skript dibuat oleh pengarah. Banyak duit Najib ye?? Menabung sejak kecik kot..

Monday, March 12, 2012

NFC - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
NONE
Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 danaNational Feedlot Corporation (NFC)untuk membeli dua unit kondominium dikompleks One Menerungdi Bangsar, pada 1 dan 4 Disember2009.

Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada National Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hinggaNov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Untuk kedua-dua kesalahan mengikut Seksyen 409 itu, jika disabitkan beliau boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.


Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat jika disabitkan, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.


Malaysiakini

Sunday, March 11, 2012

'MAKCIK BOLLYWOOD' Letak Jawatan



Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), "Mak Cik Bollywood" Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 

Ulasan

"Kalau nak berhenti, berhenti sahajalah. Kenapa nak tunggu tamat tempoh habis sebagai senator baru nak letak jawatan?  Itu bukan letak jawatan tetapi sudah sampai tarikh luput. 

Kenapa macam nak main tarik tali atau tarik sari sambil menyanyi lagu sedih atas gunung  atau tepi pantai. Sebiji macam cerita Hindi,. Agak-agak ada orang kesian ke ???

Wednesday, March 7, 2012

'Ramalan Daim - BN akan menang besar hanya retorik'

Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang meragui ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak, BN, terutamanya Umno, tidak harus terlalu yakin kata-kata Daim itu.

"Kata-katanya hanya adalah retorik semata-mata... jangan lupa, sebaliknya boleh berlaku," kata Rahmad pada sidang medianya.
NONE"Jangan biarkan hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan semua kerja seorang diri  manakala pemimpin BN lain hanya mengambil kesempatan berhubung apa yang dilakukannya itu.

"Jangan biarkan hanya PM berceramah tentang transformasi kepimpinan untuk faedah rakyat, manakala pemimpin lain tidak serius dalam perkara ini," katanya.

Rahmad juga mengingatkan orang ramai sama ada mereka bersedia membenarkan BN menjadi bahan sejarah selepas pilihan raya umum ke-13.
Kuasa, katanya, sebenarnya terletak di tangan rakyat dan pemimpin-pemimpin politik hanya dianggap sebagai "konduktor".Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang meragui ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak, BN, terutamanya Umno, tidak harus terlalu yakin kata-kata Daim itu.

"Kata-katanya hanya adalah retorik semata-mata... jangan lupa, sebaliknya boleh berlaku," kata Rahmad pada sidang medianya.

Rahmad juga mengingatkan orang ramai sama ada mereka bersedia membenarkan BN menjadi bahan sejarah selepas pilihan raya umum ke-13.

Kuasa, katanya, sebenarnya terletak di tangan rakyat dan pemimpin-pemimpin politik hanya dianggap sebagai "konduktor".



Malaysiakini

BERITA DARI BLOGGER 2