Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda,
hari ini.
Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana
Bukit Serene di sini.
Sementara itu, portal berita The Malaysian Insider dipetik berkata,
perjumpaan itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau
daripada Kabinet serta isu-isu semasa.
Muhyiddin juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai.
Pada Ahad, Muhyiddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang di Kluang.
Ia merupakan mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada barisan kabinet.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed
Khalid Nordin sebelum ini membuat kenyataan tidak menghalang mana-mana
bahagian untuk menjemput Muhyiddin merasmikannya.
"Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan diharap semua pihak terus menghormatinya," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Bahagian Kluang,
Azizul Ali, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya
membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti
sebelum ini.
"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti
yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan
Agung Umno.
"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan
mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai
Kabinet baharu," kata Azizul dalam satu kenyataan, Ahad.
Dalam tradisi UMNO, Timbalan Presiden adalah Timbalan Perdana Menteri.
"Tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh
keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan," kata
Azizul.
Azizul meletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Bahagian Kluang baru-baru ini susulan pelepasan jawatan Naib
Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Sehubungan itu beliau memberi amaran sekiranya Najib gagal menghormati
keputusan ahli parti, ahli parti akan hilang hormat kepadanya.
"Adalah malang bagi UMNO jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada
Presiden," katanya.
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
ReplyDelete