Thursday, July 23, 2009

'Saya rela dirotan" - Kartika Sari Dewi Shukarno tidak perlu bantuan Shahrizart Abd Jalil

Saya rela diri disebat. Jika saya tidak dikenakan hukuman itu, mungkin sehingga sekarang saya tidak insaf," kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu.

Kartika Dewi ketika ditemui pemberita di sini, semalam, berkata beliau sanggup berdepan hukuman itu sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang memalukan diri dan keluarganya.

“Saya mahu menjalani hukuman sebat itu kerana saya sudah insaf dan ia membabitkan keluarga. Hukuman di dunia saya sudah terima, tetapi di akhirat kelak Allah saja yang menentukan.

“Jadi, nasihat (saya kepada) remaja di luar sana, nak berbuat apa-apa fikirkan tentang ibu bapa jika tidak mahu mereka dimalukan," katanya yang kini bekerja sebagai 'webmaster' bagi syarikat milik keluarganya di Sungai Siput di sini, semalam.

Kartika Dewi yang kemungkinan menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebat dijatuhi maksimum enam sebatan dan denda RM5,000, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, jam 11.40 malam, 11 Julai 2007.

Dia yang pada mulanya meminta penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar, kelmarin memutuskan untuk menarik balik rayuan itu dan sudah membayar RM5,000 serta mahu menghadapi hukuman sebat secepat mungkin.

Wanita yang juga ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun serta isteri kepada warga Singapura berkata, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat hakim kerana menjadi pengajaran pada diri serta orang lain.

Kepada Shahrizat Abd Jalil dan Dr Lolo tak payah lah susah susah nak komen atau nak menjadi juara kerana yang empunya diri bersetuju untuk dihukum. Terpulang pada makamah untuk menjalankan hukuman rotan tak kira sama ada sebagai rotan ' educational' atau tidak.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2