Monday, June 8, 2009

Apa Jawatan Haji Abdul Hadi Awang didalam Kerajaan Perpaduan

PAS tidak boleh menutup terus pintu kepada ruang perbincangan dengan mana mana pihak termasuk Umno kerana ia bercanggah dengan perintah Allah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Islam juga, katanya, mengutamakan perdamaian memandangkan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia walaupun dibenar berperang jika langsung tidak diberi ruang kerana Allah sesekali tidak mengizinkan umat Islam menyerah kalah.

Beberapa soalan memerlukan jawapan jika kerjasama PAS dan UMNO benar terjadi didalam Kerajaan Perpaduan.

- Kemanakah arahnya kerjasama PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat selepas PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. ?

- Apakah Hj. Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dapat apabila mereka berjaya mengheret PAS untuk bersekongkol dengan Umno dalam Kerajaan Perpaduan?? . Mungkin ke mereka ditawarkan jawatan jawatan menteri didalam kerajaan tersebut ??

- Apakah kesudahannya krisis politik Negeri Perak akibat keujudan kerajaan ini. ?

2 comments:

Anonymous said...

bangang punya hadi

kadiology said...

kesimpulannya kalau terjadi kerajaan perpaduan.

selangor. tan sri khalid ibrahim dan exconya seperti ronnie liu dan teresa kok akan di terajang keluar. MB selangor di ganti oleh dr hassan ali dan exco dan wakil rakyat adalah 100% orang ISLAM dan MELAYU

perak. berkemungkinan besar nizar akan di lantik menjadi MB semula dan tak perlu pening kepala kerana seperti selangor, negeri perak juga akan di lantik oleh exco yang terdiri dari 100% orang islam dan melayu. takde la nizar pening kepala nak layan nafsu serakah ngeh khoo ham dan nga kor meng.

kedah dan kelantan, status quo kekal.

jawatan menteri untuk pas. mungkin menteru luar macam mustafa ali pernah jawat dulu. dan 3 lagi kementerian lain. jawatan timbalan mungkin 5 untuk pas.

soalan. kalau PAS dalam PR apa yang dapat? mungkin pas melukut tepi gantang, kerana yang dominan ialah DAP dan PKR.

yang anti idea perpaduan ini ialah golongan yang di racun oleh anwar.

BERITA DARI BLOGGER 2