Wednesday, June 17, 2009

TG Nik Aziz dah Mula Marah ....Manakala UMNO Berpesta

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

nik aziz angry 170609"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

2 comments:

Suhaimi Said said...

Memang benar, kenapa masih ada dalam kalangan PAS yang masih bercakap tentang unity government, TGHNA dah kata bahawa puak-puak itu ada boneka UMNO.

Kini mereka tak cakap tentang unity government, tapi tentang unity. Unity apa?

TGHNA pinta Nasharuddin keluar dari PAS dan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok kerana tidak puas hati dengan Timbalan Presiden PAS itu yang tak sudah-sudah nakkan unity govt, dan kini unity.

Kenapa? Tak yakinkah kepada PR, tak yakinkah kepada kekuatan PAS, tak yakinkah kepada rakyat?

Kan UMNO tu sudah goyang dan akan tumbang. Kenapa nak pergi sokong lagi perkara yang dah tak relevan.

Ke masih yakin UMNO tu kukuh dan kuat sedangkan ahli-ahli dia pun dah tak yakin dengan kekuatan UMNO. Masih adakah orang PAS yang yakin kepada kekuatan UMNO?

Turun-turunlah padang dan dapatkan pandangan rakyat. Jangan asyik berceramah besar-besaran saja! Tuan-tuan takkan dapat maklumat sebenar!

Pak Lubis said...

terima kasih ....

BERITA DARI BLOGGER 2