ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.
Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.
Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.
"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.
Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.
Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
Malaysiakini
Sungai Golok: Individu rentas sempadan guna pangkalan haram akan ditahan
serta merta
-
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina@nstp.com.myKota Bharu: Polis Kelantan akan
menahan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram untuk
menyeberangi s...
33 minutes ago
No comments:
Post a Comment