Saturday, November 20, 2010

Polis Langgar Kebebasan Beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap orang di Masjid Negara

Hakim Datuk Jagjit Singh membebaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan 16 yang lain daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Menurut peguam Hanipa Maidin, hakim Mahkamah Sesyen itu membebaskan mereka atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka.

“Yang lebih menarik, hakim kata polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,” ujarnya dalam sms kepada Harakahdaily sebentar tadi.


bersih rally 271207 05Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

“Yang lebih menarik, hakim kata polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,” ujarnya dalam sms kepada Harakahdaily sebentar tadi.


Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira

Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir.


Dari Harakah dan Malaysiakini

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2