Monday, April 18, 2011

POLIS KATA "LELAKI DALAM VIDEO BUKAN DATO' SERI ANWAR"

Puas saya mencari yang telah diperkatakan dalam blog blog bahawa polis telah berkata yang "lelaki dalam video bukan Dato' Seri Anwar". Tak jumpa, atau mungkin ada dimana mana cuma saya tidak dapat mencari cuma yang ada terjumpa adalah

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).


“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama."


Apakah dengan keyataan diatas DS Anwar telah terlepas dari tuduhan melakukan seks dengan pelacur dari cina seperti mana yang telah di hebohkan oleh Dato T dan media kerajaan? . Jika bersandarkan dari kenyataan diatas dengan mudah sahaja PDRM menjawab seperti ini .


"PDRM tidak pernah mengatakan bahawa lelaki dalam video seks yang diserahkan kepada jabatan polis itu bukannya DS Anwar."


Kalau betul seperti yang saya katakan tuduhan terhadap DS Anwar masih belum digugurkan,. Jadi sesiapa ada bukti yang polis telah mengatakan "POLIS TELAH MENDAPATI LELAKI DALAM VIDEO SEKS ITU ADALAH BUKAN ANWAR" atau yang seirama dengannya sila linkkan kepada saya.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2