KUALA LUMPUR:
Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan
menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan
dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
“Kami tidak
boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh
berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan
mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4
buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.
Sumber
yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno
kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak
menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.
“Masalah
ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka
suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki
bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib
turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.
Ditanya samada
beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang
boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai
Rosmah.
“Tapi
kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli
dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang
meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat,
walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak
keluarkan,” katanya lagi.
Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.
Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.
Sumber
Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan
isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya
orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu
mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan
Deepak.
“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila
Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon –
jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat
disenyapkan,” kata beliau.
Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat
Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk
tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”
“Sekarang
kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau
mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno
dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “
kata sumber itu.
Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”
“Ahli-ahli
Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada
6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau
akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr
Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa
kini,” tambah sumber itu lagi.
Ditanya
apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi?
Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan
mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi
Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno
sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS
tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak
boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”
Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS.
“Bertahan
dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua
Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS.
Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah
nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di
belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama ini harapkan
PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih
dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa
guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS
semula,” katanya.
Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan
tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri,
tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.
Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang di tuduh khalwat..
-
Hancoq,, sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan bersama stafnya ditangkap,,,
malah sebelum tu lagi, Hakim mahkamah tinggi syariah pun kena tangkap
juga,,
Ha...
Winning GE14 - What You Should Do Now!
-
Most people who voted for Pakatan Rakyat is not happy with the Election
results. Yes, Pakatan Rakyat has not be able to capture the federal
government thi...
Akta dalam proses mansuh,hairan diguna
-
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga mendakwa penggunaan Akta Hasutan 1948
terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim merupakan satu pelanggaran
terha...
Inilah rumah MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob
-
Rossem
(Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf Bharu...walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan).
SETIAP orang ...
PRU 13 - 16,530 kertas undi hilang/rosak di kedah
-
Thursday, May 23, 2013
PRU 13 - 16,530 kertas undi hilang/rosak di kedah
Cuba kita lihat keputusan PRU 13 di Kedah seperti di atas...ada apa yang
tak kena...
Foto Rumah MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob
-
Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor
Pasir, Wakaf Bharu...walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan
SETIAP orang mimpikan ...
Roadshow Bengkel Blogger 2013 Di Kuantan Ahad Ini
-
[Berita Baik Untuk Anda Yg Berminat Mempelajari Teknik "MEMBUAT BLOG" Dgn
Menggunakan Kaedah "Try N Error" Di Amalkan Oleh CMK Sejak 15 Tahun Lalu ..
...
Haris Ibrahim Dan Tian Chua Ditahan Polis.
-
Maklumat dari editor Suara Keadilan.
Rujuk ;
Suratkhabar Suara Keadilan dirampas di beberapa negeri. Kenapa ek? Susulan dari itu Tian Chua dan Haris Ib...
BEKAS HAKIM INI SEBENARNYA IDEA BELIAU MEMANG BAGUS.
-
Setelah membaca episod kedua dari MalaysiaKini berkenaan kenyataan oleh bekas Hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah, maka saya berpendapat, apa yang diperkatakan o...
Beruk Subsidi
-
*Kalau tak setuju keluar dari Malaysia!!*
Yang heboh sangat pasal gaji Ketua Menteri Sarawak kenapa? Memang dia
berhak dapat RM 39 000.00 sebulan
Dia berh...
SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA DICIPTA UNTUK ...
-
Sistem Pilihan Raya Malaysia Dicipta Untuk Kekal Kuasa BN
Ehsan KELAB GREENBOC
KESIAN BANYAK PIHAK RELA DILEMBUKAN!
POLIS TAHAN 18 ORANG DI HADAPAN BALAI PO...
Clearing some confusion
-
Unless you know them personally, people often confuse Dr Michael Jeyakumar
with Dr Xavier Jayakumar because both are doctors and politicians who
contested ...
ADDRESSING ANOTHER REQUEST
-
Dear Uncle B, I just returned from the Jinjang Vigil for Adam Adli incensed
at the arrest of 18 vigilers. As an ABU (Asalkan Bukan UMNO) advocate, me
and m...
KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505
-
Kenyataan Media
Gabungan *"Suara Rakyat 505"*
22 Mei 2013
KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505
Perkembangan paling menarik akhirnya muncul ...
Bayi Mati Dalam Baldi
-
Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon
suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14
bulan mau...
Terima kasih semua
-
* بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ*
*A*lhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt yang t*elah membantu* saya
selaku hambaNya y*ang kerdil dalam menghar...
Jalan-jalan ke Central Market atau Pasar Seni
-
Aku lebih selesa sebut Central Market. Itulah yang disebut sejak kali
pertama aku kenali tempat ini masa zaman belajar di tahun 1987 dulu. Masa
tu aku ter...
Tolong jangan ganggu kami......kami bahagia
-
*Nur Fazira Saad, 14, menghidangkan air kepada suaminya, Mohd Fahmi Mohamed
Alias, 20, di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah.
Pa...
Politik - Di Mana BN Kuat Di Situ Rakyat Terabai
-
Selain masalah bekalan elektrik sering terputus (Black Out) di daerah
Sandakan, gangguan bekalan air di beberapa taman perumahan termasuk Taman
Mesra suda...
Menteri tidak sah
-
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini tidak sah dan terbatal.
Menurutnya, wala...
Oh, pak Mukhriz boleh, kita tak boleh - Mahfuz
-
*ALOR SETAR:* “Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” kata Pesuruhjaya PAS
Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks
PAS Ke...
Kepala bapak hang laa ..!!!
-
ADA satu adegan dalam filem Do Re Mi yang dilakonkan P. Ramlee dan AR
Tompel. Latarnya di pejabat buruh, keduanya sedang bertekak dengan hujah
‘kepala bap...
Mahkamah lepas, bebas tahanan ISA Yazid Sufaat
-
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan bekas tahanan Akta
Keselamatan Negara (ISA), Yazid Sufaat dan dua lagi membatalkan pertuduhan
mem...
Takziah buat Kak Midah
-
oleh Orang Ni
20 Mei -- Ibu mertua Mantan YB Sungai Rapat Dato Hamidah Osman meninggal
dunia hari ini,perkara ini disahkan apabila tweet dari mantan ikon ...
Artis Terkenal Buang Kedua-dua Buah Dada
-
PELAKON Angelina Jolie yang kini menggemparkan dunia hiburan dengan
membuangkan kedua-dua payudanya untuk menghindari penyakit kanser payudara.
Oleh yang ...
Exco untuk setahun je, kate MB Peghak ..
-
Tapi ade yang kate deme ini jadi exco tak sampa sebulan, tiga bulan ato
paling lamepun enam bulan, Lepaih itu nungkumle deme. Dikabokan juge yang
tak dapa...
Air mata di wad ICU
-
Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini.
Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya
nilai...
Pemimpin yang membawa azab
-
Syaikul Islam *Imam al Ghazali* dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah
memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim.
*"J...
Kabinet balas jasa dan kukuhkan sokongan
-
Kabinet yang baru disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib
Abdul Razak menampakkan pilihan yang semakin sukar dihadapi Umno yang
memimpin ...
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
-
*Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangku...
NGO Melayu Suruh Boikot Bisnes Cina?
-
Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan ...
Say No To Racism [3]: Mengapa anak muda bangkit!!
-
Kata orang tua...
Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat
dari titik peluh kami dahulu.
Kami melawan penjajah untuk...
PAS Mesti Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor
-
Aku tengok dalam blog-blog pro PAS tertentu dah keluar ayat-ayat yang mau
PAS ambil jawatan Menteri Besar Selangor. Ada juga dalam blog dan FB
puak-puak ya...
PUJIAN PADA ALLAH KERANA MEMBERI RUANG KEMENANGAN...
-
Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim...
Tuhan yang mengusai sekelian alam,
Tuhan yang menguasai hari pembalasan,
Pada hari ini engkau kurniakan kemenangan pada para ...
PRU13: Laksamana (B) Dihalang Berkempen
-
PERAK Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang bertanding di
Parlimen Lumut atas tiket PKR kini tidak lagi dibenarkan masuk untuk
berkem...
HARI KELUARGA PENDUDUK KGTELOK RAMBONG,BT8
-
*Program *: Hari Keluarga Penduduk Kg.Telok Rambong, BT8, DUN Bayu.*
Tarikh*: 24 Mac 2013. *Masa*: 12.00 Tenghari. *Tempat*: Lata Mengkuang,
Bendang Man,...
Pasar Malam Bangladesh?
-
Dari KeadilanDaily 20 Mac 2012 ‘Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi
pencerobohan Lahad Datu (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR 19 MAC:
Pencerobohan di Laha...
Politik Malaysia Politik Grassroot
-
Peringatan daripada Naib Presiden PAS, YB Dato' Husam Musa dalam Munaqasyah
Ucapan Presiden baru-baru ini seharusnya diambil berat oleh calon-calon dan
j...
Peguam Negara tak puas hati ?
-
Pada pagi 22 Feb2012, Puan Hakim Ainul telah menjatuhkan hukuman penjara
sehari dan bayar rm1k kepada mahkamah.Beberapa minit selepas hakim membaca
keputu...
Letak Haji Hadi dengan Najib sepentas kata Nik Aziz
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berada sepen...
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga
-
Kalau dikaji dan diselidik secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat
bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan
itu mesti be...
No comments:
Post a Comment