Tuesday, October 15, 2013

DAGING KORBAN

Alhamdulillah ....

Tahun-tahun lepas, tak pernah dapat daging korban, malahan hanya saya mendengar sahaja Umno memberi beberapa ekor lembu untuk dikorbankan. Kalau Umno yang berikan lembu untuk di korbankan memang saya ini tidak layak mendapat usahkan tulang tulang lembu malahan tahi lembu untuk dibuat baja pun saya tidak akan dapat. Dia orang tahu saya bukanlah penyokong mereka kerana ramai diantaranya adalah menjadi kenalan FB saya juga, maka sudah tentu segala posting saya yang mengutuk Umno dia orang akan baca.

Tahun ini melimpah pula rezeki untuk merasa daging korban. Jiran sebelah (sepupu ) memberi 1 kg daging korban. Manakala bapa saudara (sepupu ayah} juga memberi 2 kg daging korban dan 1 kg tulang lembu korban dan menerima juga 1 kg daging korban dari hamba allah yang tidak dikenali yang mengedarnya dari rumah ke rumah di kampung ini.

Ucapan terima kasih kepada pemberi dan muga muga trend begini berulang lagi tahun hadapan ... Insyaallah.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2