Sunday, December 15, 2013

Mat Sabu jangan buang masa saman Zahid Hamidi, kata bekas menteri

Bekas anggota Kabinet Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya berhubung Syiah.

Menurut bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, lebih baik Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menumpukan perhatian kepada isu rakyat.

“Saya beritahu kawan saya Mat Sabu usah buang masa nak saman Zahid. Dulu komunis now Syiah esok entah apa lagi. Tumpu kpd isu Rakyat #fb,” tulis Zaid melalui akaun Twitternya @zaidibrahim.
Zaid turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mohamad sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan imej Naib Presiden Umno itu.

“Memang Zahid tak gentar disaman Mat. Dia hanya gentar bila PRU14 di pimpin oleh Mat. Dia takut pada PAS; tak payah layan dengan saman #fb,” tulis Zaid lagi.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini Ahmad Zahid tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad ekoran dakwaannya sebagai berfahaman Syiah.

Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad di mahkamah.
Katanya, beliau yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS itu dengan gerakan Syiah di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah diantaranya ialah kerana Timbalan Presiden PAS itu dikatakan kagum kepada perjuangan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.

Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.

Malaysian Insider

1 comment:

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

BERITA DARI BLOGGER 2