Tuesday, April 28, 2009

Pakatan Rakyat - Jangan Pulau DUN Perak

Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini. Menurut Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat mungkin memulaukan sidang DUN sebagai tanda protes.


Ulasan


ADUN Pakatan Rakyat tidak perlu memulaukan DUN. Pakatan Rakyat masih ada Speaker. Apa apa usul yang nak dibangkitkan, Speaker boleh menolaknya malah segala usul BN bangkitkan yang berpihak kepadanya yang tidak ada kepentingan kepada rakyat Speaker boleh tolak mentah-mentah dan jangan beri laluan.

Jika ADUN Pakatan Rakyat memulaukan DUN, sudah tentunya Timbalan Speaker (Nyoya OKU bantut) akan mengendalikan DUN. Timbalan Speaker ini (salah seorang yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat) adalah berpihak kepada BN dan tentunya segala resolusi akan diluluskan.

Dalam persidangan DUN ini lah Speaker harus mengunakan kuasanya. Speaker jangan beri 3 ADUN lompat menghadiri Dewan kerana mereka telah meletakkan jawatan. Persetankan keputusan SPR yang mengatakan perletakan jawatan mereka tidak sah. SPR kena ikut cakap Speaker.

Pertahankan resolusi yang dibuat mengantung Zambri dan kuncu kuncunya dari menghadiri Dewan dengan merujuk kepada Per 72 dalam Perlembagaan Persekutuan

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi berbanding mana mana undang di Malaysia. Tiada undang undang lain boleh mengatasinya.

Jangan ikut rentak dan tari ADUN BN biarkan BN ikut rentak PR.. Waspadalah .

2 comments:

Seladang said...

Lawan tetap lawan!!!!

Pak Lubis said...

Biar kita kalah melawan jangan kalah tak melawan

BERITA DARI BLOGGER 2