Semasa menghantar anak di salah sebuah IPTA, sempat berkenalan dengan seorang bapa yang turut menghantar anaknya. Berkisar cerita tentang keluarga dan anak anak, beralih kepada isu politik di tanah air.
Beliau bekerja sebagai pemberita dari sebuah akhbar Bahasa Melayu berkata " Kebanyakkan berita yang kami tulis tertakluk suntingan editor. Banyak cerita yang ditulis telah diedit sehinggakan kebenarannya terhakis. "
Katanya lagi "Untuk berita berita politik tanah air kami diarahkan untuk memburukkan parti parti pembangkang dan segala perkembangan baik yang dilakukan oleh parti parti pembangkang tidak dikeluarkan dan sedikit keburukan atau cacat cela di lapurkan dengan besar besaran.
Tambahnya lagi "Seandainya kelemahan parti parti pemerintah kami di arahkan supaya tidak memperbesarkan atau tidak melapur terus, malah kalau terdapat sedikit kebaikan haruslah diberi liputan yang luas. Jika terdapat pilihanraya kecil kami juga bertungkus sambil mencari berita kami turut berkempen menyokong parti pemerintah dalam berita yang kami lapurkan.
"Walaupun ianya salah dari segi etika tetapi kami terpaksa akur terhadap arahan orang orang atasan. Kami bekerja hanya untuk mencari makan." Tambahnya lagi sebelum dia beredar.
Penumpang e-hailing ghaib, tinggalkan kain putih
-
KOSMOlTangkap layar menunjukkan kawasan hutan yang dilalui mereka. -
TikTokJAKARTA – Seorang pemandu e-hailing mengundang perhatian orang ramai
selepas men...
42 minutes ago
2 comments:
Mereka jawaplah nanti di Padang Mashar!
Biarlah mereka jawap .. Minta minta masing masing sempat bertaubat.. Tetapi kesalahan dan dosa kepada Allah boleh diampun kerana llah itu maha pengampun tetapi dosa sesama manusia, hanya manusia yang teraniaya yang boleh memaafkan. j
Post a Comment