Thursday, May 21, 2009

Jangan Terlalu Yakin Akan Kemenangan - Zambri lwn Nizar

Sama ada YB DS Nizar mau pun YB DS Zambri masing masing berkeyakinan untuk menang dalam kes menentukan siapakah MB Perak yang sah dan siapakah MB Perak yang tidak sah.

Kepada YB Nizar adalah dinasihatkan jangan terlalu yakin kemenangan berpihak kepadanya kerana beberapa kes politik Negeri Perak yang dibawa ke mahkamah tidak banyak yang berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Kes V. Sivakumar dan kes ADUN melompat parti tidak berpihak kepada PR.

Manakala YB DS Zambri adalah juga dinasihatkan jangan juga terlalu yakin akan menang. Mahkamah Tinggi telah pun mengharamkan jawatan MB yang di pegang oleh YB DS Zambri. Sifat terlalu yakin selalunya akan memakan diri sendiri.

Rakyat Perak sentiasa berdoa semoga apa pun keputusan esok akan menjadi satu titik permulaan untuk menyelesaikan krisis politik Negeri Perak dengan pembubaran DUN untuk mengembalikan kuasa pada rakyat bagi memilih parti mana yang harus memerintah. Tanpa pembubaran DUN dan seterusnya mengadakan pilihanraya, kemelut politik negeri Perak tidak akan berakhir.

Jika diselesaikan melalui mahkamah apa apa pun keputusan kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir negara. Dan apa pun keputusan sudah pasti akan ada pihak yang memohon penggantungan apa-apa perintah.

Jika ianya memihak kepada DS Nizar, sudah pasti DS Zambry akan memohon penggantungan perintah kerana jika tidak, DS Nizar sebagai MB boleh memohon pembubaran Dewan dan ini sudah pasti akan menjejaskan kedudukan DS Zambry sebagai MB.

Sebaliknya jika ianya memihak kepada DS Zambry, sudah pasti DS Nizar akan memohon penggantungan perintah kerana sebagai MB DS Zambry berhak memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang. Jika ini berlaku, suatu undi tidak percaya boleh dikemukakan terhadap DS Nizar dan ini akan menjejaskan usaha DS Nizar merebut kembali jawatan MB.

Walau apa pun, insyallah Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok jam 3.30pm di Kompleks Kehakiman Putrajaya. Sama samalah kita tunggu.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2