Friday, May 8, 2009

Persoalan yang masih belum menerima jawapannya


Tertarik dengan satu komen dari yang tak bernama dalam blog http://angkasanuri.blogspot.com/ Yang bertajuk INIKAH PENDERHAKA ITU?

Persoalan yang masih belum menerima jawapannya...... Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran kita yang mencari kebenaran .......................

(1)- Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

(2)- Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

(3)- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut....?

(4)- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?


(5)- Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

(6)- Jika arahan speaker sah, apakah hukumannya kepada polis yang masuk campur, mengheret speaker dan mengurungnya di dalam stor ? Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ? tolonglah ........


Pak Lubis komen sikit ...

Persoalan ini tak perlukan jawapan. Cuma kita lihat dan dengar sudah cukup untuk mendapat jawapannya.

Segala perbuatan atau arahan BN/UMNO adalah betul dan adalah sah pada pandangan mereka... walaupun ianya bercanggah dari segi undang undang dan Perlembagaan. Maka dengan itu apa apa yang dilakukan oleh BN adalah sah samada dari perlantikan mahu pun juga arahan .

Manakala apa yang dilakukan oleh parti selain UMNO/BN adalah tak sah dan salah. Oleh itu adalah tidak hairan mengapa kebanyakan yang kena tangkap atau kena culik dan yang kena penjara dan yang disoal siasat adalah dari parti bukan BN. Cuba perhatikan yang di ISA kan di Kemunting tu siapakah penghuni penghuninya.


Rakyat yang bukan BN atau wakil rakyat bukan BN selalunya menjadi mangsa kepada penguatkuasa seperti PDRM, SPRM, SPR dan juga kes kes pengadilan banyak yang berpihak kepada Umno atau BN . Tak cukup dengan agensi agensi ini yang menyebelahi BN, surat khabar utama, radio dan TV semuanya turut menyebelahi UMNO atau BN.

Rumusannya pada persoalan diatas adalah satu perkara yang kita jangka tetapi amat tidak diingini. Jika sesuatu jawatan/ tindakan/ keganasan / perbuatan tidak bermoral / apa apa sahaja yang berpihak kepada UMNO itulah yang benar dan sah dan jika kesalahan itu dilakukan oleh penjawat awam, tindakan tidak akan diambil terhadapnya.

Perhatikan lah kes kes yang lepas... terlalu banyak..... samada kes dalam mahkamah.. maupun kes SPRM atu SPR malah kes jenayah yang dilakukan oleh ahli politik UMNO seperti kes bunuh. kes pukul, kes rogol gadis bawah umur kes kes culik semuanya berpihak kepada mereka.

Amat malang bagi rakyat negeri Perak yang menghadapi kekalutan politik sebegini. Moga moga Allah menyelamatkan Negeri Perak dan rakyatnya.


1 comment:

Seladang said...

Jawapan yang boleh aku berikan begini:

DUN perak telah dicerobohi dan dirogol oleh gerombolan lanun politik yang dipimpin oleh Zamrey Pangkor dan dibantu oleh polis serta mereka yang tak tentu pasal bolehlah dipanggil samseng!

Ertinya Sidang DUN Perak 7 Mei 2009 tidak ada ertinya mengikut Perlembagaan yang sudah dicampak oleh Pemimpin Umno ke longkang!

BERITA DARI BLOGGER 2