Tuesday, May 5, 2009

Tan Sri Abdul Gani Patail kata Nizar di Singkirkan


Petikan dari Berita Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

Ulasan.

Siapa yang singkirkan ??????

Tidak semestinya jika hilang kepercayaan dewan secara otomatis jawatan MB terlucut dengan sendiri. Usul kena dibawa dalam Persidangan Dewan .

Bukan kah jawatan MB hanya terlucut apabila salah satu perkara ini berlaku.

1. Pembubaran dewan

2. Perletakan Jawatan dan

3. Melalui usul tidak percaya oleh ahli Ahli Dewan undangan Negeri.

Oleh kerana salah satu dari ke tiga kriteria ini tidak berlaku maka MB tidak boleh dikatakan hilang statusnya sebagai MB melalui penyingkiran atau pemecatan .


Sila rujuk kes Stephen Kalongningkan dan juga insiden Ghazali Jawi


2 comments:

PutraMerang said...

Gani Patail ni Ketua Peguam Negara ya? Patut panggil dia Ketua Peguam Kerajaan Barisan National. Jangan malukan negara kerana kejahatan kamu, seperti Umno memalukan melayu kerana kebebalan mereka. Hina besi kerana karatnya. Hina melayu kerana Umnonya. Hina negara kerana Peguam Negaranya. Doaku anak beranak, moga allah memberi kekuatan kepada barisan jemaah hakim dalam mendepani kegelojohan kuasa kerajaan barisan nasional ini. Sabda rasul, nescaya aku rejam dengan batu anakku fatimah jika dia melakukan zina. Yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram. Kuasa jangan digunakan untuk membetulkan yang salah. Itu zalim namanya.

Pak Lubis said...

Terima kasih kerana melawat blog saya dan memberi komen..

BERITA DARI BLOGGER 2