Friday, June 5, 2009

Masaalah Setinggan di Perak dan Kaitannya Dengan Dr Zambri

Kerajaan Perak telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengatasi dengan kadar segera masalah kewujudan setinggan di kawasan Lembah Kinta, Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

Sambil menyifatkannya sebagai satu keutamaan, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata masalah penduduk yang mendiami tanah tanpa pemilikan telah berlarutan malah ada yang mendiami tanah kerajaan sehingga satu generasi.


Kawasan Setingan ertinya (lebih kurang) sesuatu kawasan yang didiami secara tidak sah. Dan sudah tentu penduduk setinggan adalah penduduk yang mendiami kawasan yang tidak sah ....
MB Mahkamah, Dato Dr Zambri ni pun macam setinggan jugak dulu kerana menduduki kerusi MB secara membelakangi kuasa rakyat setelah mahkamah persekutuan memutuskan sebaliknya. Itulah sebabnya dia pernah dihalau kerana cuba masuk tanah orang secara haram.

Jadi tujuan nya mahu Perak sifar setinggan untuk mengistiharkan kepada rakyat bahawa dia menduduki kerusi MB bukan secara setinggan. Dengan itu dia mohon disahkan dan diberi hak oleh rakyat sebagai MB .... ha ha ha ha

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2