Wednesday, June 3, 2009

Orang Umno Pun Tak Suka Pada Dia - Kata Zambri

Dr Zambry merungut kerana seringkali tangan yang dihulurkan untuk bersalam dengan rakyat Perak tidak disambut dan mengaku perkara tersebut telah berlaku berkali-kali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar.

"Jarang anda saksikan orang dan penyokong Barisan Nasional enggan bersalam apabila tangan dihulur. Tetapi saya mengalaminya sendiri sudah berkali-kali" katanya. Dalam satu insiden beliau telah dihalau oleh penduduk kampung kerana meletakkan kenderaan dikawasan tanah pemiliknya. Persoalan yang harus ditanya oleh beliau kenapa keadaan sebegitu rupa itu berlaku.

Zambri harus berfikir kenapa lawatan MB Rakyat DS Ir Nizar Jamaluddin disambut dengan gembira oleh rakyat. Sebagai MB Mahkamah yang mewakili Barisan Nasional Dr Zambry yang juga seorang pemegang Phd tentunya amat mudah untuk menjawab persoalan ini



No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2