Monday, July 20, 2009

Apa Pendirian Umno Penubuhan Suruhanjaya Bebas Kes Kematian Teoh Beng Hock

Jika sebelum ini Presiden Gerakan yang juga Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Dr Koh Tsu Koon menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

Kini MCA mahu kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi memastikan siasatan kes kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock dibuat secara telus, profesional dan tidak diragui rakyat.


Sementara itu, MIC akan menyokong gesaan MCA bagi penubuhan suruhanjaya itu, kata presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya wakil MIC dalam Kabinet, Datuk Dr S.Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, akan diminta menyokong cadangan MCA itu pada mesyuarat Kabinet akan datang.

UMNO dan penyokongnya kata apa pula ??

1. Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pakatan pembangkang tidak sepatutnya melatah dengan mendesak kerajaan membuat pelbagai perkara sedangkan siasatan kes tersebut sedang dijalankan. ”Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan dan sesudah siasatan selesai, jika masih tidak puas hati barulah buat perhimpunan atau tuntutan.


2. Dato Rais Yatim
Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, boleh menghilangkan keraguan rakyat memandangkan keputusan siasatannya akan dinilai lebih tinggi daripada siasatan pihak lain. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata permohonan untuk diadakan Siasatan Diraja itu seharusnya disokong oleh semua pihak.

3.Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta orang ramai khususnya pembangkang, supaya menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2