Sunday, July 19, 2009

Siasatan SPRM Ke Atas ADUN PR, Gimik Politik BN: Teresa

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anggota Exco Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya menyalahguna peruntukan DUN adalah gimik politik Umno-Barisan Nasional, kata Teresa Kok.

Malangnya, kata beliau apa yang dilakukan itu, memerangkap diri sendiri apabila rakyat mula hilang kepercayaan terhadap badan bebas tersebut yang dituduh menyebabkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Teresa yang juga Adun Kinrara berkata, banyak lagi kes rasuah yang lebih serius melibatkan wang rakyat telah dilaporkan, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.

"Pada tahun 2008, bila kami jadi kerajaan, kami tahu setiap kawasan diberikan peruntukan RM500,000. Sebenarnya, ini adalah praktis kerajaan dulu juga, jadi bila kami check akaun kami, kebanyakan duit ini telah digunapakai oleh bekas Adun Barisan Nasional dalam tempoh 3 bulan. Macam mana seorang wakil rakyat boleh menghabiskan wang rakyat begitu sahaja.

Kami dah buat bising tapi nampaknya SPRM tak buat apa-apa langkah untuk menyiasat mereka, selepas kami jadi kerajaan kita lihat pegawai SPRM bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiasat akaun peruntukan kami," katanya.

Menurut Teresa, banyak lagi kes, termasuk isu PKFZ yang menelan belanja lebih RM12.5 bilion, membabitkan wang rakyat dan banglo mantan menteri besar, Khir Toyo telah dilaporkan, tetapi tiada tindakan diambil oleh SPRM sehingga ini.

TV Selangor


No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2