Monday, July 6, 2009

Rais Yatim kata -Kelantan Tiada Hak Royalti Minyak


KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) -- Fakta mengenai isu tuntutan royalti minyak oleh Pas perlu diperjelaskan oleh agensi berkaitan termasuk Peguam Negara bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengundi di Manik Urai, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya langkah itu juga bagi mengelak ia dijadikan modal politik yang hanya dibangkitkan pada pilihan raya untuk meraih undi.

"Mesti ada pandangan jelas bahawa Kelantan tiada hak (buat tuntutan royalti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Perpustakaan Desa Chuchoh Puteri dan Manik Urai Lama di Chuchoh Puteri di sini Isnin.

Pas mempersoalkan kenapa Kelantan tidak dibayar royalti minyak seperti Terengganu, Sarawak dan Sabah sedangkan negeri itu tersenarai sebagai empat negeri pengeluar minyak dalam buku Jabatan Perangkaan terbitan 2007.

Rais berkata, jika mengikut undang-undang antarabangsa, negeri itu tiada hak kerana kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Jika kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam sudah tentunya zon yang dituntut oleh Malaysia adalah didalam salah satu negeri diMalaysia iaitu Kelantan. Oleh itu perolehan hasil minyak bahagian Malaysia harus dinikmati oleh Kelantan sebagai royalti.

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2