IPOH 27 Julai - V. Sivakumar dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) tidak dibenarkan memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Sivakumar yang masih mengaku sebagai Speaker DUN hadir pada pukul 9.50 pagi.
Beliau tidak dibenarkan masuk setelah menerima surat arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamshuzaman Sulaiman kira-kira pukul 10.30 pagi ini.
Surat tersebut memaklumkan tidak membenarkan mesyuarat jawatan tersebut diadakan pada hari ini.
Sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh, Deputi Supritendan, Glenn Anthony Sinnapa mengawasi pintu masuk bangunan SUK sejak pukul 8 pagi ini.
Bagaimanapun tidak berlaku sebarang kekecohan.
- Utusan
1 comment:
Sivakumar kena bawa lembu-lembu masuk kebangunan suk Perak.sebab dlm bgn tu semuaa lembu tua .org yg pandai undang di pilih oleh rakyat tak bleh masuk Suk.Tengok shamsul pkr bawa bawa anak lembu, baru sprm bersuara.
Post a Comment