Friday, April 1, 2011

UTUSAN TIDAK SIARKAN SEPENUHNYA ULASAN HARUSSANI, MUFTI PERAK

Semalam dalam laporan The Malaysian Insider, Harussani menafikan tanggapan itu konon beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.



“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” kata Harussani kepada The Malaysian Insider semalam.

Dalam hal ini, Utusan Malaysia perlu bertanggungjawab kerana tidak amanah menyebarkan berita yang jujur dan tepat.

Kenapa perlu disembunyikan kenyataan penuh Harussani dan hanya sekadar menulis video seks itu adalah fitnah sahaja.

warkahdaily

No comments:

BERITA DARI BLOGGER 2