Monday, August 1, 2011

Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka

 
  
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

harakah

2 comments:

Anonymous said...

Ambil KULI jadi pemimpin Pakatan Rakyat... macam angkat hero wayang kulit jadi pemimpin.

otaklunyai said...

jangan tak tau... bila tengku anis jatuh tahta ku li dah betul2 jadi kuli... dah tak da pengaruh bila dua pupu dia jatuh tahta... sebab tu dia nak main politik cara lain plak... kalu tak tak da jawatan le dia nanti.. harap2 ada org pelawa dia macam brahim kataki... kalau dia nak bersama2 menyokong kumpulan yg benar dia patut buat lama dah bukan sekarang... tak nampak ikhlas leee.. sebab dah tersepit baru cari geng baik... kalau tak dulu dia lebih suka join geng jahat...

BERITA DARI BLOGGER 2